awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gadis sitkom 'Jenaka Kampung Kalut' dinobat Miss Universe Japan 2018

Faiq Chong
Faiq Chong
20/03/2018
11:28 MYT
Gadis sitkom 'Jenaka Kampung Kalut' dinobat Miss Universe Japan 2018
Yuumi Kato yang baru sahaja dinobatkan sebagai Miss Universe Japan 2018 itu pernah menetap di Malaysia selama 11 tahun dan juga berlakon dalam tayangan televisyen sitkom 'Jenaka Kampung Kalut' Musim 2. - Instagram/@yuumi_kato
YUUMI Kato yang pernah muncul dalam sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) musim kedua, merangkul takhta sebagai Miss Universe Japan 2018 di Hotel Chinzanso, Tokyo semalam.
Model dari wilayah Mie yang mempunyai ketinggian 173cm itu mengalahkan 35 wakil yang lain untuk merangkul gelaran itu.
Yuumi, 21 tahun, akan mewakili Jepun untuk berada dalam pentas Miss Universe 2018 yang akan diadakan pada Disember nanti.
ミスユニバースジャパン2018 三重代表から日本代表そして世界へ! 日本代表として世界大会でいい結果を出せるように、精一杯頑張ります! 応援よろしくお願いします! Miss Universe Japan 2018 From Mie representative to Japan representative and to the world! I will do my best and to make the best results at the world competition. Please support and cheer me always ❤️ #ミスユニバースジャパン #missuniversejapan #missuniversemie2018 #ミスユニバース三重2018 #ミスユニバースジャパン2018 #missuniversejapan #missjapan #missjapan2018 #japan #日本 #日本代表 #三重県から世界へ #感謝 #love #peace #universe #missuniverse #japanese #加藤遊海 #japanese
A post shared by 加藤ゆうみ | MISS UNIVERSE JAPAN
皆さま応援ありがとうございました♡ ミスユニバースジャパンになることができました! Thank you very much for your support ! Now Thanks to all I am Miss Universe Japan 2018 ❤️ #ミスユニバースジャパン #missuniversejapan #missuniversemie2018 #ミスユニバース三重2018 #ミスユニバースジャパン2018 #missuniversejapan #missjapan #missjapan2018 #japan #日本 #日本代表 #三重県から世界へ #感謝 #love #peace #universe #missuniverse #japanese #加藤遊海 #japan
A post shared by 加藤ゆうみ | MISS UNIVERSE JAPAN
Yuumi pernah bermastautin di Malaysia bersama keluarganya selama 11 tahun sejak berumur lima tahun.
Dia bukan sahaja fasih berbahasa Melayu malah boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan Cina.
Sebelum ini, Yuumi sempat memegang watak sebagai Mikan Nakamura, seorang gadis Jepun yang bekerja di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, yang mempunyai impian untuk membuka kedai sendiri menjual barangan eksklusif produk Jepun dalam drama JKK musim kedua itu.
Hey semua ! Jgn lupa tgk jkk season 2 kat tv3 bulan 11 20hb
Warung pak kodi ☕️ jkk season 2 akan start ahad ini pukul 11:30pm kat tv3 ❤️️ episode 1 NAKAMURA MIKAN saya akan keluar ke jenaka kampong kalut ⭐️ kelakka sangat ni
Semalam ialah Hari terakhir untuk shooting JKK season 2 kat Malaysia
Sitkom tersebut yang mula ditayangkan pada 20 Nov 2016, mempersembahkan ranjau hidup Mikan yang tidak pernah terlepas daripada menghadapi masalah dalam usaha mencapai impiannya yang turut dibantu oleh sahabat baiknya, Bijan.
Pelakon tempatan yang turut tampil dalam sitkom itu terdiri daripada Ebby Yus, Ropi, Jep Sepahtu, Issey Fazlisham dan Sari Yanti.
Topic Berkaitan
#hiburan
#Jenaka Kampung Kalut
#Jepun
#Malaysia
#Miss Universe
#Miss Universe Japan 2018
#model
#pelakon
#Yuumi Kato
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan