Tutup

Gara-gara Jin BTS, Brad Pitt jadi trending

Gara-gara Jin BTS, Brad Pitt jadi trending
Adakah kita akan menyaksikan sebuah filem aksi diantara Seok Jin dan juga Brad Pitt? sama-sama kita nantikan - Gambar Instagram
KAMU teringin berkolaborasi bersama siapa?

"Brad Pitt."

Itu adalah jawapan ringkas yang diberikan oleh ahli kumpulan BTS,  Seok Jin ketika muncul dalam satu temubual bersama kumpulannya di sebuah rancangan di Korea.

Dan sudah pasti, nama pelakon terkenal Hollywood itu terus menjadi sebutan peminat-peminat BTS di laman sosial.
.


Peminat-peminat BTS terutamanya peminat Jin sangat teruja sehingga menjangkakan Jin bakal memenangi Anugerah Oscar.
Ini antara reaksi peminat-peminat Jin.

Selain Brad Pitt, antara nama yang disebut untuk mereka bekerjasama ialah Ariana Grande, Post Malone dan juga JoJo.

Untuk rekod, BTS pernah berkolaborasi bersama beberapa penyanyi popular Amerika seperti Nicky Minaj, Halsey, Lauv dan terbaharu membuat persembahan bersama Lil Nas X di Anugerah Grammy pada Isnin.

Adakah kolaborasi ini bakal menjadi kenyataan? Buat peminat BTS, sama-sama kita nantikan.


Tag: Brad Pitt, BTS, Seok Jin, Media Sosial, Trending



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.