Dengan mengenakan pakaian lekap badan menyerupai kulit ular bersebelahan dengan slogan “tinggalkan haiwan liar dari almari anda”, pelakon, pengacara TV dan VJ dari Malaysia menjadi muka baru bagi PETA.

PETA dan Fazura mahu pembeli tahu bahawa ular dan haiwan eksotik lain disiat hidup-hidup bagi mendapatkan kulit selain dipukul sehingga mati dan pelbagai lagi cara kejam dilakukan bagi mendapatkan kulit mereka.

Kempen ini dilancarkan kebetulan tepat ketika sambutan Tahun Baru Cina yang menyambut tahun ular pada tahun ini. Jurugambar yang terlibat adalah Ah Fai dari Sunday Studio dan dandanan oleh Ella Sandera. Set penggambaran adalah hasil rekaan Angie Choo.

“Cinta saya pada dunia fesyen bukan satu rahsia. Tapi saya tidak merelakan penyeksaan terhadap ular dan haiwan lain” menurut Fazura. “Kita semua boleh memberi penghormatan kepada tahun ular untuk tidak membenarkan haiwan yang sangat menarik ini menjadi sebahagian dari pakaian”

Berbeza dengan kepercayaan popular, ular adalah haiwan yang jarang menjadi ancaman kepada manusia. Kebanyakan ular yang berhabitat berdekatan dengan manusia adalah tidak merbahaya dan kita jarang sekali menjumpai ular. Ini kerana ular mempunyai kebolehan mengesan pergerakan dengan menggunakan bahagian perut dan bawah dagunya. Lidah ular yang bercabang juga berfungsi seakan-akan radar bagi mengesan persekitaran.



Bagi memburu ular, mereka akan menyeroboh ke habitat ular dan memerangkapnya di dalam jaring. Pekerja akan memasukkan lidi ke dalam hidung ular bagi melumpuhkannya. Bagi memisahkan kulit dari organ, pekerja akan mengepam masuk air ke dalam badan haiwan dan kemudian menyiat kulit dari badan haiwan tersebut yang masih hidup. Ular akan terseksa selama berhari –hari sebelum mati akibat kejutan dan dehidrasi.

Fazura merupakan salah seorang pelakon wanita yang paling bergaya di Malaysia. Hasil lakonan beliau boleh disaksikan menerusi pelbagai drama dan siri di kaca televisen. Beliau telah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Augerah Skrin 2010 menerusi filem Pisau Cukur dan terbaru, pada tahun 2012 membintangi filem berjudul Bujang Telajak.

Untuk makluman lanjut sila layari PETAAsiaPacific.com.