Tanpa mengeluarkan suara, Zamani tetap mampu menyentuh hati peminat.

Gagal menyampaikan lagu "Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta" kerana keadaan kesihatan yang tidak begitu baik, peminat penyanyi yang mesra disapa Abang Adek itu bersatu hati dan menganggap Zamani tidak mengecewakan mereka.

Rata-rata tidak dapat menahan sebak melihat vokalis Slam itu tetap berada di pentas Gegar Vaganza 5 dan cuba untuk menyanyi biarpun keadaannya jelas tidak mengizinkan.

Malah, Zamani sendiri tampak mengalirkan air mata di atas pentas.

Kata peminat, kesediaan semua yang berada dalam dewan MBSA membantu Zamani menyanyikan lagu itu, merupakan satu bentuk sokongan yang amat diperlukan Zamani, selain bukti dia memiliki sokongan yang sangat kuat.










Mungkin juga satu fakta menarik untuk dikongsi, lagu dendangan asal Flybaits itu sudah berkali-kali dinyanyikan Zamani dalam banyak persembahan pentas sebelum ini.