ENTERTAINMENT

GFRIEND tampil kejutan buat Buddy Malaysia pada konsert sulung jelajah Asia

Isabelle Leong 30/06/2019 | 05:27 MYT
Membuka tirai persembahan kumpulan popular tersebut adalah lagu Me Gustas Tu yang merupakan lagu yang melonjakkan GFRIEND ke pentas dunia membuatkan peminat mereka sungguh teruja!
SELEPAS membuat kemunculan pertama empat tahun lalu, kumpulan K-Pop Korea Selatan GFRIEND akhirnya bertemu peminat Malaysia pada Sabtu.

Keadaan cuaca yang tidak menentu bukan penghalang buat Buddies (nama fandom GFRIEND) untuk berjumpa idol kegemaran mereka di Stadium Malawati, Shah Alam.

Konsert jelajah Asia GFRIEND 2019 (Go Go GFRIEND!) anjuran MacpiePro merupakan konsert sulung sekstet terkenal itu di Malaysia.

Sekitar 4,300 peminat di stadium nyata teruja apabila kumpulan itu membuka tirai persembahan dengan "Me Gustas Tu", lagu yang melonjakkan GFRIEND ke pentas dunia.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, mereka menukarkan lirik lagu 'Me Gustas Tu' kepada Bahasa Malaysia yang berbunyi 'Me gustas tu gustas tu su tu tu ru suka kamu'.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Buddies kemudiannya dihiburkan dengan "Life is a Party" dan "Vacation" sebelum penyanyi kesayangan mereka memperkenalkan diri pada ‘ment’ (masa yang diperuntukkan untuk penyanyi memperkenalkan diri, bercakap dengan peminat dan menutup konsert).

“Selamat petang! Kami GFRIEND!” laung keenam-enam anggota dalam Bahasa Malaysia sejurus selesai mempersembahkan lagu "Vacation".

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tidak dilupakan juga lagu-lagu hit mereka yang lain seperti "Glow", "Truly Love", "Love In the Air", "Love Whisper" dan "Windy Windy" turut dipersembahkan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ketika ‘ment’ kedua, GFRIEND yang dianggotai Sowon, Eunha, Yerin, SinB, Yuju dan Umji terus mencuit hati para peminat mereka dengan ucapan dalam Bahasa Malaysia.

Eunha: Seronok ka?

Sowon: Baby sayang!

Kata-kata manis yang diucapkan Sowon tentunya mendapat sorakan gemuruh daripada Buddies.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sepanjang konsert berlangsung, GFRIEND bijak menggunakan ruang untuk berinteraksi bersama-sama peminat dan penonton, bukan sahaja yang berada di Zon Buddy (zon di hadapan pentas), malah di seluruh stadium.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sekstet tersebut juga membuat persembahan menerusi sub-unit mereka iaitu "Hug Hug" dan "World Peace".

Untuk rekod, nama "Hug Hug" dan "World Peace" merupakan cadangan nama yang diberikan kepada GFRIEND sebelum mereka membuat debut.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Hug Hug" yang dianggotai Umji, Eunha dan Yerin mempersembahkan lagu "Shy Boy" manakala "World Peace" yang dianggotai oleh SinB, Yuju dan Sowon menyampaikan lagu "Monday Blues".

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pastinya lagu yang paling dinanti-nantikan oleh Buddies merupakan "Rough" yang didendangkan dalam versi balada.

Lagu ini membuktikan bahawa GFRIEND bukan sahaja mampu tampil dengan persembahan yang penuh bertenaga, malah juga dapat mengekalkan vokal yang tinggi.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Di setiap ‘ment’, keenam-enam anggota GFRIEND itu tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada Buddies yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada mereka selama ini dan meluangkan masa untuk menghadiri konsert mereka.

Apabila lagu terakhir "Navillera" selesai dinyanyikan dan sekstet itu tidak kelihatan di pentas, peminat mula bersorak encore kerana masih enggan berpisah dengan idola-idola mereka.

BACA: GFRIENDinMY: Yuju suka makan dodol?

Tidak lama kemudian, GFRIEND muncul semula ke pentas dengan mengenakan ‘outfit’ baharu dan menyampaikan tiga lagu dalam persembahan encore mereka iaitu "Hope", "Love Bug" dan "Compass".

GFRIEND mendedahkan bahawa lagu "Hope" yang didendangkan merupakan lagu yang ditulis keenam-enam anggota dan ditujukan khas buat Buddies.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sebelum melabuhkan tirai konsert dengan lagu "Compass", GFRIEND sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Buddies dan berkata mereka keberatan meninggalkan Malaysia kerana peminat Malaysia sangat mesra.

“Terima kasih dan sila nikmati lagu terakhir kami (Compass) dan selamat malam. Terima kasih! Suka kamu!

“Malaysia Buddy bagus! Terima kasih!

“Baby sayang, saya suka kamu! Jumpa lagi,” kata mereka sebelum mempersembahkan lagu terakhir bersama-sama peminatnya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Konsert yang cukup menghiburkan Buddies dengan persembahan 27 lagu dalam tempoh hampir tiga jam itu nyata tidak mengecewakan peminat yang hadir malah turut meninggalkan kenangan manis buat mereka.

Konsert jelajah Asia GFRIEND 2019 (Go Go GFRIEND) turut melibatkan tujuh lokasi yang lain iaitu Singapura, Bangkok, Hong Kong, Jakarta, Manila, Taipei dan Jepun.

#2019 GFRIEND Asia Tour #Buddy #Eunha #GFRIENDinMY #GO GO GFRIEND #Malaysia #SinB #Sowon #Stadium Malawati #Umji #Yerin #Yuju