awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gitaris terkenal Aji meninggal dunia akibat serangan jantung

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
05/09/2019
05:35 MYT
Gitaris terkenal Aji meninggal dunia akibat serangan jantung
Ketika hayatnya, Allahyarham sering menjadi pemuzik undangan untuk beberapa artis tanahair antaranya Datuk Shiela Majid, Datuk Zainal Abdin, Datuk Ramli Sarip dan ramai lagi. - Gambar Facebook Mie Apache
Pemain gitar terkemuka, Fauzi Samin atau lebih dikenali sebagai Aji dilaporkan meninggal dunia pagi ini akibat serangan jantung.
Aji, 50 dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Shah Alam kira-kira pukul 11.45 pagi tadi.
Menurut pengurus Datuk Ramli Sarip, Juria Banding, lebih kurang pukul 2 atau 3 pagi Khamis Aji mengadu sakit dada kepada rakannya dan cuba mengambil ubat.
"Selepas itu dia mula muntah-muntah dan selepas itu, rakannya menghubungi Ambulans dan terus di bawa ke Hospital Columbia di Kota Kemuning untuk diberi rawatan.
"Allahyarham sepatutnya membuat persembahan bersama Datuk Ramli Sarip di Melaka malam ini," katanya.
Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Gombak hari ini.
Berita kematian Aji dikongsikan oleh penyanyi Hattan dan beberapa teman rapat Allahyarham di media sosial.
Ketika hayatnya, Allahyarham sering menjadi pemuzik undangan untuk beberapa artis tanahair antaranya Datuk Shiela Majid, Datuk Zainal Abdin, Datuk Ramli Sarip dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
#Aji
#Fauzi Samin
#gitar
#Ramli Sarip
#sessionist
#shiela majid
#Zainal Abidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan