awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Goyang Upin & Ipin' cipta fenomena, catat 1 juta tontonan dalam 24 jam

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
04/08/2020
13:30 MYT
'Goyang Upin & Ipin' cipta fenomena, catat 1 juta tontonan dalam 24 jam
Kata kunci #goyangupinipin turut menjadi sebutan pengguna laman sosial.- YouTube/Les' Copaque Production
VIDEO muzik 'Goyang Upin & Ipin' mencipta fenomena tersendiri apabila mencatat lebih 1 juta tontonan pada Selasa, hanya 24 jam selepas dimuat naik ke YouTube.
Ketika berita ini ditulis, video itu sudah mencapai lebih 1.9 juta tontonan.
Bukan itu sahaja, kata kunci #goyangupinipin turut menjadi sebutan pengguna laman sosial, malah menjadi cabaran (challenge) yang sedang tular di aplikasi Tik Tok.
Video berdurasi hampir lima minit yang menerima lebih 55,000 likes itu dikatakan video muzik tempatan kedua yang berjaya mencatat tontonan melebihi 1 juta dalam tempoh 24 jam, selepas Sufian Suhaimi melakukannya pada 2018 menerusi lagu Di Matamu.
Fenomena itu mungkin juga didorong nama besar watak kartun animasi itu di negara jiran, Indonesia.
Namun ada segelintir peminat yang mempersoalkan mengapa irama dangdut dipilih, memandangkan Malaysia sendiri mempunyai pelbagai irama tradisi yang boleh diketengahkan.
Bagaimanapun ramai berpendapat ia mungkin strategi pihak penerbit dan produksi dalam memperkukuhkan jenama Upin & Ipin di seberang.
Topic Berkaitan
#animasi
#Indonesia
#laman sosial
#Malaysia
#Upin & Ipin
#video
#video muzik
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan