Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Grammy 2016: Ucapan Taylor Swift tamparan hebat terhadap kebiadaban Kanye West

Grammy 2016: Ucapan Taylor Swift tamparan hebat terhadap kebiadaban Kanye West
Antara perkara yang menarik perhatian netizen di Anugerah Grammy ke-58 ialah ucapan yang disampaikan oleh penyanyi, Taylor Swift selepas memenangi anugerah kategori album terbaik melalui albumnya '1989'.
ANTARA perkara yang menarik perhatian netizen di Anugerah Grammy ke-58 ialah ucapan yang disampaikan oleh penyanyi Taylor Swift selepas memenangi anugerah kategori 'Album of The Year' melalui albumnya ‘1989’.

Taylor Swift muncul sebagai penyanyi wanita pertama memenangi anugerah 'Album of the Year' buat kali kedua.

Selepas menerima anugerah berprestij itu, Taylor tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan mesej khas kepada semua golongan wanita yang menonton anugerah tersebut.

Penyanyi berusia 26 tahun itu menasihati gadis muda untuk terus berjuang walaupun berhadapan dengan situasi yang cuba melemahkan kejayaan mereka.
“Saya mahu menasihati semua anak muda di luar sana... anda akan bertemu beberapa orang sepanjang kehidupan anda yang bertekad untuk melemahkan kejayaan anda atau mengambil kredit untuk pencapaian anda.

“Tetapi jika anda hanya beri tumpuan kepada kerja dan tidak terganggu dengan kata orang lain, suatu hari nanti apabila anda mencapai kejayaan yang diingini, anda akan sedar bahawa kejayaan itu dicapai hanya dengan usaha sendiri,” kata Taylor.
Susulan ucapan itu, rata-rata netizen berpendapat bahawa ia merupakan reaksi terhadap tindakan Kanye West yang meletakkan nama Taylor dalam rangkaian lirik yang berbunyi agak tidak sopan dalam lagu terbaharunya, 'Famous'.

Dalam satu rangkap lagu berkenaan, Kanye menyatakan dia mahu meniduri Taylor kerana mendakwa dia bertanggungjawab menjadikan penyanyi itu popular.

Mereka juga berkata ucapan itu merupakan satu tamparan hebat kepada Kanye yang gagal menghormati rakan selebritinya.







Taylor sebelum ini mendakwa bahawa Kanye tidak meminta kebenaran untuk menggunakan rangkap yang agak kontroversi dalam lagunya.

Majlis Grammy tahun ini berlangsung pada malam Isnin di Staples Center di Los Angeles, California.

Anugerah ini diadakan untuk menghargai bakat dalam industri muzik.