awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sanusi minta hidupkan kembali semangat Muafakat Nasional menjelang PRU16
[KOLUMNIS] Melangkaui ranking konvensional: Membina universiti berjiwa sebagai tunjang peradaban
Kekosongan 3 DUN: "Harap jangan sampai PRK diadakan" - MB Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gugup 'bunuh' persembahan peserta - Ramli MS

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
30/09/2018
22:09 MYT
Gugup 'bunuh' persembahan peserta - Ramli MS
RAMLI: Saya memahami situasi mereka kerana ada yang sudah 10 tahun tidak naik pentas menyanyi. Foto Instagram @gegarvaganzaofficial
Ketua Juri Gegar Vaganza musim kelima, Datuk Ramli MS, menyifatkan kegugupan sebagai 'penyakit' utama sebahagian besar peserta.
Ia sekali gus menjadi penghalang untuk mereka memberikan persembahan terbaik, biarpun mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian.
"Saya ambil contoh Zamani. Semasa sesi latihan, dia meraung, bukan sekadar menyanyi.
"Tetapi semasa persembahan, dia sekadar menyanyi mengikut melodi. Kreativitinya untuk memberi perasaan kepada lagu itu, hilang kerana gugup," kata Ramli.
Tambah Ramli lagi, gugup juga membuatkan majoriti peserta gagal menguasai pentas.
"Kerana itu, Amelina mendapat markah tinggi. Dia tenang dan menguasai pentas dengan baik, sekaligus mempengaruhi nyanyiannya," ujar Ramli.
Tidak menyalahkan peserta, Ramli bagaimanapun berharap mereka dapat meningkatkan mutu persembahan pada konsert akan datang.
"Nak salahkan mereka tak boleh juga. Saya memahami situasi mereka kerana ada yang sudah 10 tahun tidak naik pentas menyanyi.
"Tetapi ini pertandingan, jadi kami sebagai juri perlu menilai semua aspek dalam pemarkahan," katanya lagi.
Gegar Vaganza musim ini membuka tirai pada Ahad, dengan kesemua peserta berjaya melayakkan diri ke konsert seterusnya.
Gegar Vaganza bersiaran di Astro RIA dan RIA HD, jam 9 malam.
Topic Berkaitan
#Amelina
#Gegar Vaganza
#gugup
#GV5
#halangan
#juri
#konsert
#pentas
#penyanyi
#persembahan
#pertandingan
#peserta
#Ramli MS
#Zamani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan