Tutup

GV2019: Hady Mirza rampas takhta juara mingguan, Feeza akur tersingkir

GV2019: Hady Mirza rampas takhta juara mingguan, Feeza akur tersingkir
Konsert minggu keenam Gegar Vaganza 2019 (GV2019) menyaksikan Hady Mirza berjaya mengungguli kedudukan pertama dan Feeza menjadi bintang keempat tersingkir.
KONSERT minggu keenam Gegar Vaganza 2019 (GV2019) menyaksikan Hady Mirza berjaya mengungguli kedudukan pertama dan Feeza menjadi bintang keempat tersingkir.

Bertemakan 'Melets', 10 bintang GV2019 menyampaikan lagu yang pernah mengungguli carta dalam dan luar negara serta lagu yang mengimbau kenangan lalu dengan penuh bergaya.

Hady memberikan saingan sengit buat semua bintang yang bertanding menerusi penyampaian luar biasa lagu Cinta Luar Biasa (Andmesh).

Namun, nasib tidak menyebelahi Feeza yang menyanyikan lagu Terus Mencintai (Siti Nordiana) yang ternyata goyah pada permulaan lagu.
Konsert minggu keenam juga menyaksikan Wann yang mempersembahkan lagu Pengemis Cinta (Ella) dipilih sebagai penerima Artis Cili Padi Paling Power.

Anugerah tersebut diberikan kepada bintang paling menyerlah dan persembahan terbaik daripada juri.
Pemenang menerima hadiah istimewa daripada menerima RM3,000 dan bekalan produk Adabi bernilai RM500.

Selain juara mingguan, Sham Visa turut diumumkan sebagai Bintang Cuckoo Paling Gempak dan memenangi Periuk Nasi Induksi bernilai RM3,100.

Manakala, balu Yazit Search, Ramlah, diundang sebagai penerima sumbangan Farm Fresh Kongsi Rezeki bernilai RM10,000.

Yang pasti kesemua bintang GV2019 memberikan saingan sengit membuatkan juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, komposer Saari Amri sukar untuk menentukan siapa yang layak berada di kedudukan pertama.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:

1. Hady Mirza - Cinta Luar Biasa (81%)

Hetty Koes Endang: malam ini saya rasa persembahan anda bagus. Semua complete! Penjiwaan, artikulasi, klimaks ada. Itulah profesional!

Ramli MS: Inilah orang menyanyi, terima kasih Hady.




2. Naqiu Boboy - Juwita (78%)

Ramli MS: Tuhan tak bagi semua orang; bakat! Kamu ada. Bersyukur, guna sebaik mungkin dan sentiasa membumi. Kalau ingat kita bagus, ada orang lain lagi bagus.

Saari Amri: Saya sendiri pun terpegun, sebutan dia jelas. 




3. Jatt Ali - Still Loving You (76%)

Hetty Koes Endang: Hampir sempurna dari awal sampai chorus. Sepatutnya jangan turunkan. Perlu improvisasi.



4. Nurfatima - Enggan (71%)

Saari Amri: Anda tak banyak buat silap.

Hetty Koes Endang: Penjiwaan, dinamik dapat. Lagu ini tak mudah. Ibaratnya memandu sampai puncak, dapat tembakan itu. Inilah lagu pertandingan. Vibrator harus ditahan.




5. Roy - Sonata Musim Salju (65%)

Saari Amri: Suka dgn suara jantan dia, salah satu vokal yang terbaik.

Hetty Koes Endang: Sangat cocok sekali dengan suara anda, penyampaian juga bernostalgia kerana lagu ini ada ceritanya. Perkataan 'permaisuri' tercekik.




6. Sham Visa - Suratan Takdir (64%)

Saari Amri: Suara anda sedap didengar macam zaman dulu. Suara sakit itu yang sedap dengar!

Ramli MS: Saya rasa lebih baik sakit. Effort jiwa tu lebih baik.

Hetty Koes Endang: Sebagai artis, musuh kita kesihatan terapi karakter suara kamu terserlah kali ini. Seharusnya lebih maksima lagi, overall saya suka dengan suara kamu.




7. Wann - Pengemis Cinta (59%)

Ramli MS: Sekarang dah tak lokek selalu sustain notasi hujung-hujung. Cara sendiri itu identiti penyanyi, tapi penyanyi kena ikut lagu. Patah lagu jangan tukar pendek sangat. Tapi anda sudah banyak improved.



8. Noorshila Amin - Karena Pengalaman (54%)

Hetty Koes Endang: Kalau nyanyi dangdut sangat sinonim dengan goyang dan cengkok. Tapi hati-hati dengan isi cerita dan mimik muka kerana tak selari. Sepatutnya anda rasa kesal. Daripada segi nyanyian, ada beberapa bahagian yang flat dan sharp, hati-hati juga dengan pernafasan. Namun, saya puji kerana kerana anda berani menyanyi genre lain.



9. One Nation Emcees - Gadis Dan Bunga (52%)

Hetty Koes Endang: Saya teliti satu persatu, showmanship kalian terbaik! Kerana pertandingan saya dengar suara satu-persatu. Pembahagian suara kurang puas.



10. Feeza - Terus Mencintai (46%)

Ramli MS: Okey-okey, markah saya tak belanja.

Saari Amri: Macam tak rasa, mula-mula masuk macam terkucil sikit. Nampak penat.



GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

Yogurt Farmfresh kaya dengan mineral seperti kalsium, protein, potassium, phosphorus dan vitamin D (ditambah) bagus untuk kekuatan tulang dan gigi sekali gus mengurangkan risiko masalah osteoperosis.