Penyanyi Noryn Aziz merampas kembali kedudukan pertamanya di konsert minggu keempat Gegar Vaganza 5 (GV5) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi.

Namun kemenangan itu sangat tipis apabila markah Maya Ruslee yang berada di kedudukan kedua hanya kurang 0.1 peratus sahaja dari markah Noryn.

Konsert GV5 malam tadi menyaksikan Shafie Rio tersingkir apabila berada di kedudukan tercorot dengan 46.7 peratus markah.

BACA: Gegar Vaganza 5: Perjuangan Shafie Rio terhenti di minggu keempat

Bertemakan ‘Bergegar Bergaung’, hanya sembilan peserta sahaja lagi yang bertahan dan bersaing di konsert akan datang.

Pemarkahan peserta diberikan sepenuhnya oleh juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta Datuk Mokhzani Ismail yang hadir sebagai juri jemputan minggu ini.

Di bawah merupakan kedudukan dan markah keseluruhan bintang GV5 mengikut urutan serta komen juri.

1.Noryn Aziz 73.9% (Duet:Liza Hanim / Lagu: Seksis)
Datuk Mokhzani Ismail - Superb! Awak cukup alert dengan key serta energy yang hebat. Konsisten dari mula sampai akhir.

2.Maya Ruslee 73.8% (Duet: Tia Jinbara / Lagu: Bujang Senang)
Datuk Ramli MS - Saya boleh rasa tenaga kamu. Tak boleh nak samakan awak dengan penyanyi rock kerana awak hebat menyanyikan lagu balada. Tapi persembahan kamu terbaik malam ni.


3.Dia Fadila 68.1% (Duet: Rahmad Mega / Lagu: Tangisan Marhaenis)
Datuk Khadijah Ibrahim - Persembahan yang terbaik kerana awak beri sepenuhnya pada lagu ini.

4.Forteen 60.8% (Duet: Haiza / Lagu: Seluruh Cinta)
Datuk Khadijah Ibrahim - You guys did very well. Persembahan yang hebat.


5.Farawahida 58% (Duet: Ezad Lazim / Lagu: Hati Ini Telah Dilukai)
Datuk Ramli MS - Kurang kemas nyanyiannya. Nice try tapi kalau dapat lagi lagu macam ni, perlu lebih teknikal nyanyian itu.

6.Zamani 57.7% (Duet: Mamat / Lagu: Ghazal Untuk Rabiah)
Datuk Mokhzani Ismail - Memang lagu ini sukar untuk dinyanyikan. Kalau kita buang muzik dan vokal sahaja tadi saya rasa lagu ini perlu tenaga yang lebih lagi.

7.Hetty Sarlene 56.8% (Duet: Zarul Husin / Lagu: Aku Cinta Aku Rindu)
Datuk Mokhzani Ismail - Nyanyi lagu ballad ini sukar tapi awak mampu menghayati lagu ini dengan baik

8. Amelina 52.9% (Duet: Sam Innuendo / Lagu: Tak Pernah Hilang)
Datuk Mokhzani Ismail - Tak konsisten dalam lontaran suara kerana tak sampai dalam jiwa saya. Apa-apa pun, tahniah kerana cuba jadi versatile.


9.Billy Zulkarnain 49.4% (Duet: Siti Nordiana / Lagu: Hanya Memuji)
Datuk Ramli MS - Lagu ni sangat besar tapi bila melodi banyak diubah, ia agak kurang sedikit sebab saya tak berapa gemar. Bagaimanapun saya menjuri vokal kamu bukan muzik.


10.Shafie Rio 46.7% (Duet: Azharina / Lagu: Ada Apa Dengan Cinta)
Datuk Khadijah Ibrahim - Nampak gementar tadi dan perlu lebih banyak homework untuk menyanyikan lagu ini.

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh ditayangkankan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.