PENYANYI Hafiz Hamidun mendedahkan dia kini berkawan rapat seorang usahawan wanita berstatus janda kelahiran Indonesia.
Masih dalam fasa mengenali satu sama lain, ujar Hafiz, 35, mereka berkenalan sejak beberapa bulan lalu menerusi kenalan masing-masing.
"Kami dalam proses perkenalan memandangkan jarak kami jauh, jadi tak boleh nak berjumpa selalu. Saya tiada halangan pun nak berkawan dengan sesiapa tak kira dalam negara atau luar negara.
"Nak kata hubungan istimewa rasanya terlalu cepat sebab kami baru bertemu beberapa kali, itu pun bersama keluarganya sekali. Jadi, apa yang boleh saya katakan kami dalam fasa perkenalan," katanya kepada Gempak.
Hafiz yang ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik ASL Cosmetics di Menara Mustapha Kamal, Damansara semalam memberitahu mereka punyai keserasian dan selesa bersama.
"Saya banyak berkolaborasi dengan komposer dan penyanyi Indonesia jadi kami merupakan kenalan antara kenalan. Apabila bersembang pun saya rasa ada keserasian antara kami.
"Tetapi untuk mengelakkan pisang berbuah dua kali, lebih baik saya yakinkan dia pilihan yang betul. Kalau ada jodoh, adalah...
"Buat masa ini kami selesa berkawan dan seronok berkongsi pandangan mengenai negara masing-masing," tambahnya.
Difahamkan wanita berusia 20-an itu merupakan salah seorang usahawan wanita popular di Indonesia dan memiliki jumlah pengikut di laman Instagram.
Bagaimanapun, tegas Hafiz, dia memilih untuk tidak akan mendedahkan identiti wanita itu di media sosial.
"Dia punyai visi yang luas dalam bidang perniagaan dan suka belajar sesuatu yang baru. Malah keluarganya pun sangat menyokong dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan saya di sana. Jadi, saya rasa sangat dihargai," katanya.
Sebelum ini, Hafiz pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan kosmetik Joy Revfa pada Mei 2017 namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama tempoh lima bulan sahaja.
Dalam perkembangan lain, Hafiz bakal muncul dengan album terbaharu pada November depan.
BACA: "Adakalanya saya terasa sunyi" - Hafiz Hamidun akui perit lalui kehidupan selepas bercerai
Gempak
Fri Jul 19 2019
Hafiz Hamidun mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang usahawan wanita dari Indonesia.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
Adira tetap dengan keputusan untuk berpisah dengan Datuk Red
"Apa yang saya boleh cakap keputusan saya masih tetap sama, paling penting tenang," kata Adira.
Brad Pitt didakwa sudah lama dera Angelina Jolie
Jolie menerusi peguamnya mendakwa Pitt sudah lama melakukan penderaan terhadap aktres tersebut sebelum perbuatan itu terdedah.
Rumah tangga didakwa bakal musnah, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan pamer keharmonian
Keharmonian rumah tangga pasangan tersohor Bollywood, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan menjadi bualan hangat kebelakangan ini.
"Ini keputusan dua orang dewasa" - Zhang Ziyi, suami umum bercerai
Bintang antarabangsa, Zhang Ziyi menyampaikan berita kurang baik kepada peminat dengan pengumuman penceraian bersama suami, Wang Feng.
Shila Amzah jawab dakwaan bakal bercerai
Shila menegaskan berita yang dikongsikan di Facebook itu tidak benar dan tajuk yang digunakan sememangnya sengaja mengundang fitnah.
Ceraikan ibu Shila Amzah melalui WhatsApp, ini profil penyanyi veteran ND Lala
Spekulasi tentang pergolakan rumah tangga ND Lala dan Fauziah akhirnya terjawab apabila mengumumkan telah rasmi diceraikan selepas 34 tahun menjadi suami isteri.
Baru kahwin, ibu suami paksa anak bercerai
Pihak kerajaan juga campur tangan dengan meminta mereka untuk tidak lagi tidur sekatil walaupun baru beberapa hari berkahwin.
PM Kanada, isteri umum penceraian
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan isterinya Sophie mengumumkan penceraian mereka dalam perkahwinan yang dibina selama 18 tahun.
Pelakon dan penyanyi Anis Al Idrus umum bercerai
Pelakon dan penyanyi, Anis Al Idrus mengesahkan dirinya kini kembali solo dan sudah bercerai dengan suaminya, Aiman Rafzan.
Hafidz Roshdi nafi kahwini Athira Yuhada, baru fasa berkawan
Pelakon Hafidz Roshdi menafikan sudah berkahwin dengan wanita yang dikaitkan dengannya sebelum bercerai, Athira Yuhada.