KONSERT akhir program realiti Big Stage 2019 telah berlangsung dengan meriah di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam sebentar tadi.

Seramai lima peserta telah berentap di pentas Big Stage untuk berebut gelaran juara.

Penyanyi berasal dari Korea Selatan, Han Byul dinobatkan sebagai juara Big Stage 2019.

Han Byul telah menewaskan empat peserta lain iaitu Neeta, Adzrin, Irfan Haris dan Dinda Permata yang turut bersaing di peringkat akhir program tersebut.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan sistem pemarkahan beserta komen-komen yang telah diberikan:

Han-Byul juara Big Stage 2019, ini komen juri dan markah keseluruhan konsert akhir!

Han-Byul 70.33%

Lose Yourself
"Awak sentiasa menyampaikan lagu dengan baik. Malam ini awak telah buktikan awak seorang penyanyi yang berbakat. Saya harap suatu hari nanti kita boleh bekerjasama," - Datuk Seri Siti Nurhaliza

Luka Dan Bahagia
"Saya terkaku. Awak bukan orang Malaysia tetapi sangat bagus nyanyian awak. Awak pulak mengajar saya untuk belajar menyanyi dalam bahasa Korea," - Misha Omar


Neeta Manishaa 68.66%

I Wanna Dance With Somebody
"Saya dah tengok awak dari minggu ke minggu. Awak memang sudah bersedia untuk ke peringkat akhir. Pembukaan yang sangat menceriakan. Malam ini dah macam konsert awak sendiri," - Datuk Seri Siti Nurhaliza

Ruang Mimpi
"Kali pertama saya dengar suara awak, saya suka 'tone' awak. Saya suka persembahan awak sehinggakan tidak tahu apa yang perlu diperkatakan," - Cakra Khan

Adzrin 61.99%

Picisan
"Saya sangat cemburu dengan nyanyian awak malam ini. Satu saya minta, tolong ketepikan perasaan malu awak," - Misha Omar

"Bila awak di nada tinggi, tolong kawal emosi awak. Kesalahan itu sering dilakukan seorang penyanyi," - Cakra Khan

All Of Me
"Saya melihat persembahan awak yang pertama lagi bagus. Nyanyian awak pada awal banyak lenggang-lenggok namun di penghujung makin okey nyanyian awak. Saya harap awak terus belajar," - Cakra Khan

Irfan Haris 60.35%

Honey
"Saya rasa awak antara peserta yang tidak sangka dapat sampai ke peringkat akhir. Teruskan mencari ilmu, awak akan matang seiring dengan usia," - Misha Omar

Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta
"Saya sangat bertuah dapat melihat bakat awak. Awak sudah lakukan yang terbaik kerana tidak mensia-siakan peluang yang diberi. Awak berjaya menyanyikan dengan cara awak tersendiri," - Datuk Seri Siti Nurhaliza

Dinda Permata 59.63%

Simalakama
"Saya suka apabila awak berani bawa satu lagu tradisi. Saya yakin awak boleh lagi baik daripada ini," - Cakra Khan

Ku Tak Bisa
"Suara awak antara yang saya cemburu kerana merdu macam Datuk Seri Siti Nurhaliza. Walau bagaimanapun, saya nampak banyak benda dalam fikiran awak," - Misha Omar

Big Stage 2019 minggu ini menampilkan Misha Omar sebagai juri jemputan bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.



Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!