awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hans Isaac dilantik pengerusi Finas

Bernama
Bernama
10/04/2019
12:42 MYT
Hans Isaac dilantik pengerusi Finas
Pelantikan Hans Isaac bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 8 April. - Instagram/@hansisaac
Pelakon, penerbit dan pengarah filem, Datuk Gerald Hans Isaac dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 8 April, demikian umum Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.
"Beliau (Hans Isaac) mempunyai pengalaman luas dalam bidang perfileman. Beliau telah menerima pelbagai anugerah dalam industri perfileman tempatan," katanya dalam satu kenyataan berhubung pelantikan itu hari ini.
Hans Isaac merupakan Pengarah Urusan Social 360 Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terlibat dalam bidang keselamatan serta insurans dan pernah menjadi anggota Lembaga Penasihat Finas serta anggota lembaga Persatuan Penerbit Filem Malaysia pada 2012.
Gobind berkata, pelantikan Hans Isaac berdasarkan peruntukan dalam Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 bagi menggantikan Datuk Samsuni Mohd Nor yang menjalankan tugas sebagai pemangku Pengerusi Finas selama lebih empat bulan yang lalu.
"Kementerian berharap pengerusi yang baharu ini akan berkhidmat untuk meningkatkan usaha-usaha Finas bagi membangunkan industri ini," kata Gobind.
Beliau juga berharap anggota lembaga Finas akan memberikan kerjasama yang penuh kepada pengerusi baharu dalam melaksanakan pembaharuan berdasarkan hala tuju kerajaan.
Gobind dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada Samsuni untuk perkhidmatan beliau dalam menjalankan tugasan sebagai pemangku jawatan tersebut. -- Bernama
View this post on Instagram
After over 25 years in the Film industry, I’m humbled by the post bestowed to me by Kementerian Komunikasi & Multi Media, and I will do my very best to discharge the responsibilities given to me for the next 2 years . I have always been passionate about the wellbeing of my fellow industry practitioners and raising the quality of our films, and my hope has always been for Finas to be a transparent non-political, professionally run entity, so that it becomes sustainable and benefits everyone in the industry. I am extremely excited to take on this new challenge, and look forward to working hand in hand with the newly appointed CEO En. Ahmad Idham and the current Board of Directors. Dato Hans Isaac Chairman Finas
A post shared by Hans Isaac (@hansisaac) on
Apr 10, 2019 at 12:23am PDT
Topic Berkaitan
#FINAS
#Gobind Singh Deo
#Hans Isaac
#Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan