Tutup

Hans Isaac, Ziela Jalil dan Norman KRU kini bergelar Datuk

Hans Isaac, Ziela Jalil dan Norman KRU kini bergelar Datuk
Himpunan gambar daripada Instagram Ziela Jalil, Hans Isaac dan Norman KRU sempena momen istimewa mereka menyambut Hari Keputeraan Sultan Pahang. - Foto Astro Gempak

Tiga penggiat seni tanah air menjadi antara 256 penerima darjah dan kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang semalam.

Mereka adalah Pengarah Urusan Tall Order Sdn Bhd, Gerald Hans Isaac atau lebih dikenali sebagai Hans Isaac, Presiden Eksekutif KRU Bros Sdn Bhd, Norman Abdul Halim atau Norman KRU dan Pengarah Urusan Pena Creative Pictures Sdn Bhd, Norzilah Abdul Jalil atau Ziela Jalil.

Mereka menerima pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Menerusi perkongsian Hans dan Ziela di laman Instagram, mereka menzahirkan rasa kesyukuran kerana dikurniakan pingat DIMP.