Filem aksi komedi Hantu Kapcai berjaya mengungguli lima anugerah di Anugerah Blockbuster 2 yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru malam Sabtu.

Filem arahan Ghaz Abu Bakar memenangi kategori utama iaitu Filem Terhebat, Filem Aksi Terhebat, Filem Kelakar Terhebat, Hero Terhebat (Zizan Razak), dan Heroin Baru Terhebat (Neelofa).

Filem Kau Ada Aku Ada membawa pulang dua trofi iaitu Drama Muzikal Terhebat dan Lagu Filem Terhebat (Beginilah Caranya).

Filem Jalan Kembali: Bohsia 2 juga memenangi dua anugerah iaitu Tuan Direktor Terhebat (Syamsul Yusof) dan Watak Penjahat Terhebat (Soffi Jikan).

Berikut adalah senarai penuh pemenang-pemenang Anugerah Blokbuster 2:

1. Anugerah Filem Terhebat: Hantu Kapcai
2. Anugerah Tuan Direktor Terhebat: Syamsul Yusof (Jalan Kembali: Bohsia 2)
3. Anugerah Direktor Baru Terhebat: Dharma Harun (Adik Manja Return)
4. Anugerah Filem Aksi Terhebat: Hantu Kapcai
5. Anugerah Filem Kelakar Terhebat: Hantu Kapcai
6. Anugerah Filem Takut Terhebat: Sumpahan Kum Kum
7. Anugerah Drama Muzikal Terhebat: Aku Ada Kau Ada
8. Anugerah Hero Terhebat: Zizan Razak (Hantu Kapcai)
9. Anugerah Heroin Terhebat: Yana Samsudin (3 Temujanji)
10. Anugerah Watak Penjahat Terhebat: Soffi Jikan (Jalan Kembali: Bohsia 2)
11. Anugerah Lagu Filem Terhebat: Beginilah Caranya (Kau Ada Aku Ada)
12 .Anugerah Hero Baru terhebat: Izzue Islam (29 Februari)
13. Anugerah Heroin Baru Terhebat: Neelofa (Hantu Kapcai)
14. Anugerah PFM: Mejar (K) David Teo
15. Anugerah Astro First Terhebat: Ombak Rindu
16. Anugerah Gempak WeChat: Stacy (Bosan)

Datuk AC Mizal dan Scha Alyahya muncul sebagai hos pada malam Anugerah Blokbuster 2 malam tadi.