awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol lihat situasi Gaza umpama malapetaka, ulangi sokongan kepada Palestin
Tentera Laut Diraja Arab Saudi atur kedudukan di Laut Arab bagi operasi antipenyeludupan
Saksi gambarkan suasana cemas selepas kebakaran maut di pusat peranginan Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Hanya tinggal dua' - Allahu! Perbualan WhatsApp Group buat peminat sebak

Gempak
Gempak
12/02/2020
02:26 MYT
'Hanya tinggal dua' - Allahu! Perbualan WhatsApp Group buat peminat sebak
Melalui Kumpulan Bocey, mereka pernah menjadi juara MLM untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2016 dan 2017, menjadi naib juara pada tahun 2018 dan menduduki tempat ketiga pada tahun lalu. - Astro GEMPAK
SELAIN daripada ahli keluarga terdekat, tentulah Fad dan Achey dari Kumpulan Bocey paling rapat dan amat merasakan kehilangan Abam.
Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah dan Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey menubuhkan Kumpulan Bocey pada tahun 2013 untuk menyertai Maharaja Lawak Mega (MLM).
Melalui Kumpulan Bocey, mereka pernah menjadi juara MLM untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2016 dan 2017, menjadi naib juara pada tahun 2018 dan menduduki tempat ketiga pada tahun lalu.
Pada satu entri di Instagram miliknya, Fad berkongsi tentang 'WhatsApp Group' Bocey MLM antara mereka bertiga.
"Assalamualaikum Guys Project youtube kita cmne? Guysss Bammm Oooo bam," tulis Achey sambil menggunakan emoticon menangis.
"Kite jaga nama BOCEY ni ye chey Ini je yg arwah tinggalkan untuk kite jaga sama2 Kesian dia Aku rinduuuuu Aku terbayang kita sembang kat amin idris show hari tu kite celebrate birthday dia Tinggal kite berdue je cheyyy" tulis Fad.
Perbualan antara mereka berdua di 'WhatsApp Group' benar-benar membuat ramai yang sebak.
"Ya Allah sedihnya, kita baca pun nangis tau," tulis lyna_talib.
"Sedih baca dia suruh fad balik. Kuat Achey. Fad dengan Achey. kena kuat! Bahagian Abam Allah dah permudahkan sebaik-baiknya. Insya-Allah bahagian kita juga Allah permudahkan," tulis ain.akira
"Kuatkan semangat Achey dan Fad. Tabahkan hati. Kena redha pemergian arwah. Faham sangat situasi kalian semua. Doa banyak-banyak untuk arwah moga roh arwah tenang dan tergolong disamping orang-orang yang beriman," tulis elli_samsuddin.
"Ya Allah, semoga kalian tabah. Saya yang tak ada apa-apa kaitan pun menangis," tulis luggage_gudang_online.
Semua peminat yang meninggalkan komen ternyata sebak dan sedih dengan pemergian arwah Abam dan mendoakan yang terbaik untuk ahli Kumpulan Bocey.
Topic Berkaitan
#Abam
#Achey
#Bocey
#Bocey MLM
#Fad
#meninggal dunia
#WhatsApp Group
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan