PENYANYI Haqiem Rusli akhirnya tampil dengan keputusan muktamadnya untuk kekal dalam industri hiburan sebagai penyanyi.

Malah, segala kenyataan yang pernah dikeluarkan menerusi Instagram mahu pun temubual sebelum ini hanya sekadar gimik untuk melancarkan single terbaharunya, Selamat Tinggal Sayang.

"Dua bulan sudah siap cuma last minit saya masih berfikir untuk release atau tidak, maaf sekali lagi, atas ada sebab tertentu, awak tahu sebabnya.

"So saya akan teruskan career music saya dan this is my new single, Selamat Tinggal Sayang," tulisnya di Instagram b

Muzik video single tersebut telah dimuat naik di laman YouTube FMC pada pukul 3 petang hari ini.

Selamat Tinggal Sayang merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Haqiem.

Haqiem terdahulu telah memadamkan semua foto dalam Instagramnya awal Syawal lalu dan memberitahu akan membuat keputusan untuk bersara daripada dunia hiburan pada Julai.

Tindakan itu ekoran daripada masalah peribadi dan kemurungan yang dihadapinya sejak bergelar selebriti.

BACA: "Saya Depresi" - Delete Semua Gambar IG, Haqiem Rusli Bakal Berhenti Menyanyi?

Susulan kenyataan yang dibuat, orang ramai terutama selebriti turut meniupkan kata-kata semangat untuk kembali bangkit.

BACA: “Don’t Give Up”- Neelofa Beri Kata Semangat Pada Haqiem Rusli

Selepas membuat pengumuman malam tadi, Haqiem turut menukarkan status entri pertamanya sebelum ini dan menutup ruangan komen.

"Don’t mad, don’t judge, stay cool and stop cyber bullies," tulisnya.

BACA: "Saya seperti orang bodoh!" - Ernie Zakri dedah gimik kemurungan Haqiem Rusli



Teks oleh: Amri Hassan