EKORAN kemenangan pasukan negara keatas pasukan Indonesia pada perlawanan peringkat Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, penyampai radio daripada negara jiran telah menyahut satu cabaran yang diberikan oleh Johara Pagi ERA.

Beberapa hari lalu, Johara telah membuat cabaran kepada Semangat Pagi Nampol daripada radio Gen 98.7 fm menyatakan andai pasukan Malaysia menang keatas pasukan Indonesia, maka mereka perlu memegang papan menyatakan bahawa mereka sayang Malaysia, dan begitulah juga sebaliknya.

Disebabkan kemenangan berpihak kepada Malaysia, penyampai segmen Semangat Pagi Nampol yang dibarisi oleh Kemal Mochtar, Diaz Danar dan Sinyorita telah menyahut cabaran ini berhadapan tugu kebanggaan Jakarta, iaitu Tugu Monas.

Rata-rata komen daripada pengikut stesen radio berkenaan memuji sifat bersaudara yang diterapkan oleh mereka dan tidak sabar untuk menantikan perlawanan antara kedua-dua negara ini pada masa akan datang.


BACA: Terima kasih Harimau Malaya - Penyokong Malaysia