awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HBO Sentral banyak mengubah diri saya - Nabil Ahmad

Gempak
Gempak
20/04/2017
06:00 MYT
HBO Sentral banyak mengubah diri saya - Nabil Ahmad
Nabil megakui menimba banyak pengalaman sewaktu berpeluang bertugas sempena anugerah Oscar. - Foto Astro Gempak
PELAWAK dan pengacara, Nabil Ahmad mengakui berlaku banyak perubahan kepada dirinya sejak menjadi hos program HBO Sentral.
Menurut Nabil, dia tidak menyangka apabila pihak produksi masih memberi kepercayaan untuknya mengendalikan program tersebut sehingga musim keempat.
"Rancangan ini sebenarnya bukan mudah untuk dikendalikan kerana saya harus memantapkan penggunaan Bahasa Inggeris dan penyampaian.
"Saya juga akan bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan orang sekeliling untuk memperbaiki penggunaan bahasa itu meskipun ia dilihat kelakar dan kekok oleh mereka.
"Pengalaman yang diperolehi sepanjang menjadi hos membuatkan saya lebih matang dan tugas sebagai hos karpet merah untuk anugerah Anugerah Akademi ke-89 (Oscars) baru-baru ini merupakan sesuatu yang indah.
"Saya akan mengendalikan rancangan ini dengan baik kerana kepercayaan yang diberikan bukan mudah untuk dicapai sebenarnya," katanya kepada Astro Gempak.
Nabil berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran musim keempat HBO Sentral di Restaurant Ruyi & Lyn, Kuala Lumpur, pada Rabu.
HBO Sentral musim keempat akan bersiaran selama 12 episod bermula pada 30 April ini pada pukul 3.45 petang di HBO saluran 411 dan 431.
Program ini akan memberi tumpuan kepada kandungan yang menghiburkan dan berdasarkan pengalaman dalam membawa filem-filem lebih dekat dengan penonton serta menggalakkan penonton untuk menyertai peraduan.
Topic Berkaitan
#artis
#HBO sentral
#Nabil Ahmad
#pelawak
#Pengacara
#selebriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan