awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HBO Sentral tampilkan Lisa Surihani sebagai pengacara

Gempak
Gempak
23/04/2014
04:21 MYT
HBO Sentral tampilkan Lisa Surihani sebagai pengacara
Pelakon cantik Lisa Surihani telah diberi penghormatan untuk menjadi hos selebriti tempatan pertama yang mengacarakan slot khas HBO Sentral yang akan ditayangkan bermula 27 April ini.
HBO Sentral merupakan panduan bulanan baru di HBO(saluran 411) dan HBO HD (saluran 431) yang memberi peluang kepada penonton untuk mengetahui rancangan-rancangan blockbuster Hollywood yang akan disiarkan pada setiap bulan.
Istimewanya, program ini akan dipersembahkan secara santai, berinfomasi dan menyeronokan oleh Lisa Surihani.
Selain itu, segala penyediaan maklumat yang komprehensif dan interaktif mengenai hiburan turut ditawarkan dalam dwi bahasa bagi memudahkan serta menarik lebih ramai penonton di Malaysia.
Di samping itu, HBO Sentral juga turut mendapatkan beberapa selebriti terkenal untuk membuat penampilan khas.
Antara selebriti yang terlibat adalah Erra Fazira, Raja Azura, Michael Ang, Hafiz Hamidun Nabil Ahmad, Sharifah Sakinah dan ramai lagi.
Menariknya lagi, peraduan turut disediakan dalam setiap episode HBO Sentral dengan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi.
Dengan syarat, penonton perlulah menggunakan hashtag #HBOsentral di media sosial mereka.
Topic Berkaitan
#HBO sentral
#Lisa Surihani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan