Tutup

Henry Golding beritahu Hollywood, P Ramlee setaraf Frank Sinatra, Charlie Chaplin

Henry Golding beritahu Hollywood, P Ramlee setaraf Frank Sinatra, Charlie Chaplin
Anak kelahiran Sarawak ini juga menyifatkan seniman P Ramlee seorang yang berbakat besar seperti selebriti luar negara iaitu Frank Sinatra dan Charlie Chaplin.
PELAKON dan pengacara Henry Golding menerusi Instagram miliknya memberitahu dia menjadikan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai inspirasi dalam kerjayanya.

Anak kelahiran Sarawak ini juga menyifatkan seniman tersebut seorang yang berbakat besar seperti selebriti luar negara iaitu Frank Sinatra dan Charlie Chaplin.

"Ketika ditanya oleh @hollywoodreporter siapakah individu yang telah menginspirasikan saya sejak kecil lagi, beliau adalah P. Ramlee.

"Beliau boleh menyanyi, berlakon, menulis dan mencipta pelbagai naskah yang sehingga hari ini dapat diingati.
"Malah beliau masih seorang hero dalam Asia hari ini," luahnya kepada portal hiburan berbahasa Inggeris.

BACA: 10 fakta menarik si jejaka tampan, Henry Golding

Dalam perkembangan kerjaya, Henry Golding atau nama penuhnya, Henry Ewan Golding bakal muncul menerusi Filem Crazy Rich Asians pada pertengahan bulan Ogos ini.

Selain itu, jejaka kacak ini juga merupakan rakyat Malaysia pertama muncul dalam The Ellen DeGeneres Show.

BACA: Henry Golding jadi tetamu The Ellen DeGeneres Show

Henry Golding (tengah) dalam satu babak Crazy Rich Asians