MENAKUTKAN! Namun, itulah yang dialami oleh vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie apabila mengalami gangguan misteri sehingga terkena penyakit busung.
Awie ketika ditemui Gempak berkata dia terpaksa berulang-alik ke Indonesia untuk menjalani rawatan alternatif selepas doktor mengesahkan dirinya tidak mempunyai sebarang penyakit.
“Saya sendiri pelik apabila tiba-tiba jatuh sakit selepas pulang daripada mengerjakan umrah pada tahun lalu.
"Perut saya tiba-tiba membusung dan saya ada menjalani hospital kerana ia terlalu sakit.
“Pada masa itu, saya reda apabila doktor memberitahu saya disyaki menghidap kanser usus.
"Bagaimanapun selepas ujian klinikal kedua, selepas sampel dihantar ke makmal perubatan di Melbourne, Australia, doktor kata tiada tanda kanser pada bahagian tersebut.
“Selain busung ada lagi perkara mistik berlaku dan itu yang menyebabkan saya mengambil keputusan bertemu beberapa pengamal perubatan di utara dan selatan tanah air, termasuk Indonesia,” katanya.
Awie berkata semasa proses perubatan bersama seorang kiai di Indonesia, tiga ekor lintah keluar melalui pusat dan selepas itu sakitnya semakin berkurangan sehingga ke hari ini.
“Macam tak percaya, kan? Tapi itulah yang berlaku.
"Saya pun tidak tahulah bila semua ini akan berakhir.
"Saya cuma berharap agar selepas ini saya kembali sihat dan tidak sakit lagi, kerana saya perlu bersedia untuk konsert solo tahun hadapan,” katanya.
Tambahnya lagi, dia sering diuji dengan pelbagai masalah kesihatan dan penyakit setiap kali mahu mengadakan konsert berskala besar.
“Saya juga terpaksa berulang alik dan keluar masuk ke hospital kerana masalah kaki bengkak menjelang konsert besar sebelum ini,” katanya pada sidang media Konsert Romantika yang berlangsung di Flora Terrace, Kuala Lumpur, pada petang Khamis.
Bagaimanapun, katanya, dia berdoa semoga keadaan kesihatannya juga baik untuk menjayakan konsert Romantika pada 15 Februari tahun depan.
Konsert Romantika Awie yang meraikan ulang tahun ke-25 pembabitannya sebagai artis solo bakal berlangsung jam 8 malam di Stadium Malawati Shah Alam.
Tiket konsert berharga daripada RM88 hingga RM438. Keterangan tiket layari www.myticket.asia
Gempak
Fri Aug 30 2019
Awie mengalami gangguan misteri sehingga terkena penyakit busung selain keluar lintah dari pusat.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
Wings janji The Rock Emperor Penang Chapter lebih hebat dan gempak!
Selepas 37 tahun berlalu, Awie dan Wings kembali beraksi di Pulau Mutiara pada 24 Februari ini.
Pelakon perlu sensitif, industri hiburan tidak perlu melampaui batas - Awie
Industri hiburan tempatan tidak perlu berada pada tahap yang terbuka dengan adegan melampaui batas, nasihat Awie.
Didakwa langgar SOP, Awie akan dipanggil beri keterangan
Awie didakwa langgar SOP ketika menghadiri majlis misi kemanusiaan di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah, Melaka.
Hidap busung dan lintah keluar dari pusat, Awie nekad berubat hingga ke Indonesia
Awie terpaksa berulang-alik ke Indonesia untuk menjalani rawatan alternatif selepas doktor mengesahkan dirinya tidak mempunyai sebarang penyakit.