Ibu Akim, mertua Stacy meninggal dunia

Ibu Akim, mertua Stacy meninggal dunia
Akim Ahmad memaklumkan di Instagram rasminya bahawa ibunya, Aminah Bahari telah meninggal dunia. Foto Instagram Akim Ahmad
KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Akim & The Majistret, Akim Ahmad memaklumkan di Instagram rasminya sebentar tadi bahawa ibunya, Aminah Bahari telah meninggal dunia.

Perkongsian itu turut mendapat simpati daripada pengikutnya, termasuk selebriti tanah air.
Suami kepada penyanyi Stacy Anam itu juga sebelum ini ada meminta pengikutnya mendoakan kesihatan ibunya.

Difahamkan ibu Akim yang jaga ibu mertua penyanyi Stacy meninggal dunia pada usia 54 tahun.