"Ibu dalam keadaan lemah hingga tak boleh bangun" - Zul Yahya mohon doa peminat

"Ibu dalam keadaan lemah hingga tak boleh bangun" - Zul Yahya mohon doa peminat
Zul Yahya memohon peminat mendoakan kesihatan ibunya yang dikejarkan ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan.- Foto: Instagram
PELAKON dan penceramah bebas Zul Yahya memohon peminat mendoakan kesihatan ibunya yang dikejarkan ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan.

Perkhabaran itu disampaikan menerusi kemas kini akaun Instagram (IG) miliknya, @zulyahya70 semalam.
"Perancangan Allah yang terbaik. Petang tadi rancang balik Ipoh nak uruskan soal perpindahan saya dan keluarga kesini.

"Sampai je rumah ibu, ibu dalam keadaan lemah hingga tak boleh bangun.

"Mohon doakan ibu saya diberikan kesihatan yang baik," tulisnya.
 

Dalam pada itu, peminat yang risau dengan keadaan tersebut meninggalkan komen serta mendoakan supaya ibunya kembali pulih selepas menerima rawatan.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi