awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Ibu mana yang mahu anaknya bercerai?" - Tangisan duka ibu Fizo Omar

Gempak
Gempak
19/07/2019
10:00 MYT
"Ibu mana yang mahu anaknya bercerai?" - Tangisan duka ibu Fizo Omar
Air mata Hasnah Jidin sukar dibendung dalam pertemuannya dengan media pada Jumaat.
IBU kepada pelakon Fizo Omar, Hasnah Jidin menafikan dakwaan segelintir pihak yang menyalahkannya sekali gus menjadi punca perceraian anaknya dan Mawar Karim.
Menurut wanita berusia 59 tahun itu, rasa terkilan tidak dapat dibendungnya lagi lebih-lebih lagi apabila netizen melemparkan pelbagai tohmahan hingga mengganggu emosinya.
[BACA: Fizo, Mawar Bercerai Talak Satu]
"Ibu mana mahu anaknya bercerai? Saya sebagai seorang ibu turut menasihati Fizo dan Mawar untuk berbaik-baik.
"Saya sayang Mawar dan kami baik-baik saja sampai sekarang walaupun mereka sudah bercerai.
"Apabila pelbagai tuduhan yang bukan-bukan dilemparkan kepada saya, hati saya terguris dan memang saya tertekan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Bangi, Selangor hari ini.
Dalam pada itu, Hasnah terkejut apabila ada pihak yang menuduh perceraian Fizo dan Mawar disebabkan campur tangan keluarga.
"Saya ada ramai anak dan saya selesa tinggal bersama Fizo sejak usia remajanya lagi.
"Sepanjang tempoh enam tahun perkahwinan Fizo, saya tidak menumpang rumahnya sepanjang masa. Ada juga bergilir-gilir tinggal di rumah anak-anak saya yang lain," tambahnya. [BACA: [VIDEO] Fizo Masih Sayang Tapi Mawar 'No Comment'!]
Fizo dan Mawar bercerai pada 10 Julai lalu selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.
[BACA: Sah Bercerai, Apa Jadi Dengan Restoran Fizomawar Kitchen?]
Topic Berkaitan
#bercerai
#Fizo Omar
#Hasnah Jidin
#ibu
#Mawar Karim
#menangis
#perkahwinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan