"Ibu tidak ambil dadah" - Puteri Balqis pertahan ibu, tepis kritikan Nabila Huda dan netizen

"Ibu tidak ambil dadah" - Puteri Balqis pertahan ibu, tepis kritikan Nabila Huda dan netizen
Puteri Balqis mohon semua pihak tidak mempersoalkan peranan ibunya dalam memelihara dan melindungi dirinya.
PELAKON cilik, Puteri Balqis memohon semua pihak termasuk golongan selebriti agar tidak mempertikaikan apa-apa mengenai ibunya yang didakwa membiarkan dirinya terkontang-kanting dalam mencari haluan meneruskan kehidupan mereka dua beranak.

Lebih tepat lagi, Balqis secara terbuka meminta artis terkenal, Nabila Huda yang turut mempersoalkan peranan ibunya sehingga mencetus perdebatan panjang di media sosial baru-baru ini.

Di laman Instagram peribadinya, Balqis memohon semua pihak agar tidak membuka ruang untuk mencari silap mana-mana pihak.

"Buat auntie Nabila Huda, Puteri minta jangan dipersoalkan tentang ibu Puteri. Laman media bukan untuk itu... auntie.

"Kami juga pernah melakukan kesalahan seperti itu tapi kami cuba berubah. Jika auntie nak salahkan orang lain, tak apa tapi jangan disebut atau disalahkan nama ibu Puteri.

"Ibu Puteri berhabis puluhan ribu untuk mencari jalan menyelamatkan Puteri. Ibu Puteri satu-satunya saksi pada keperitan Puteri.



"Auntie dan kawan-kawan auntie pernah membantu, ibu tak pernah lupa kerana itu dia sentiasa menjawab kepada soalan.

"Ibu Puteri satu-satunya ahli keluarga yang tak pernah tidak bekerja, dari dulu sentiasa buat macam-macam. Di set penggambaran pun jual asam, jeruk, meniaga sana sini.

"Terpaksa berhenti bekerja sebab Puteri selalu sakit cuma mungkin tak diizinkan berjaya, ada duit seperti auntie.

"Ujian untuk ibu ialah kesusahan, ujian untuk auntie ialah kemewahan," tulis Balqis.

Memetik tulisan Nabila di Twitter, pelakon itu mempersoalkan tindakan ibu bapa pelakon kanak-kanak itu yang membiarkannya keluar mencari rezeki sedangkan kesihatannya terganggu.

Justeru, kata Balqis, ramai yang tersilap andaian bahawa dia dibiarkan seorang diri mencari rezeki untuk menyara hidup tanpa usaha daripada ibunya.

"Ibu puteri tak pernah membiarkan Puteri bekerja. Tidak pernah sesekali. Puteri yang memaksa untuk ikut. Terus-terang di KL ibu yang meniaga tapi Puteri yang rabun masih punya perasaan kasihan melihat ibu," ujarnya.

Sementara itu, Balqis turut menafikan dakwaan ibunya terlibat dengan penyalahgunaan dadah sebaliknya keadaan fizikal yang kurus disebabkan masalah kesihatan lain.

"Puteri anak orang biasa, puteri tahu apa itu dadah. Kadang-kadang waktu pagi kami berjalan sering ditahan polis tetapi syukur ibu Puteri sentiasa dilepaskan kerana tidak mengambil dadah.

"Fizikal ibu yang kurus selalu tidak makan, tidak cukup tidur, depresi. 

"Sewaktu Puteri sakit, ibu kadang-kadang tak tidur. Ibu memang sering pengsan, tenaganya tak sekuat dulu selepas jatuh dan terhentak pada 2018. Ibu tetap bangun dan teruskan berjalan," jelasnya.

Sehubungan itu, Balqis mengumumkan tidak akan berada dalam industri hiburan lagi selepas ini.

"Kenyataan ibu hisap dadah itu diberitakan oleh ibu saudara Puteri sendiri.

"Dengki khianat tak kenal keluarga atau kawan, terlalu indah fitnah buat kami. Maka apa yang ibu Puteri buat? Melutut berdoa?

"Jangan risau Puteri tak akan berada dalam industri lagi, lebi tenang tanpa berhadapan dengan golongan seperti mereka," getus Balqis.
 

Kisah Balqis mula mencuri perhatian ramai selepas melihat mengenai kehidupannya yang kini hanya berdua bersama ibunya, Norashikin Mohd Aziz selepas kedua orang tuanya berpisah sejak empat tahun lal


Tag: Puteri Balqis, ibu, penagih dadah, hidup susah



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.