Tutup

Ikrar Amyza Aznan setia menjaga suami yang lumpuh

Ikrar Amyza Aznan setia menjaga suami yang lumpuh
Amyza Aznan berikrar akan setia menemani suaminya sekalipun Khairil Izhar Mohd Nazir menghadapi strok.
KASIH dan sayang Amyza Aznan terhadap Khairil Izhar Mohd Nazir tidak pernah pudar sekalipun suaminya itu kini mengidap lumpuh akibat serangan strok.

Berkongsi dugaan hidup yang dialaminya di laman IG TV, pelakon berkenaan berikrar untuk menjaga suaminya yang kini terlantar dan terbatas pergerakannya.

Sehubungan itu, kata Amyza, dia tidak dapat berkongsi dengan lebih kerap aktviti keseniannya memandangkan keutamaan diberi pada menjaga kebajikan suami.

"Walau you dah lumpuh, kasih sayang setia I tak lumpuh.
"Saya minta maaf kepada semua client yang saya buat emcee majlis dan produksi.

"Bukan tak nak kongsi aktiviti saya di Instagram dan bukan pilih bulu tetapi sebenarnya sekarang lagi penting untuk saya fokus iaitu suami saya, dia strok.
"Insya-Allah suatu hati nanti saya akan kongsikan kerja-kerja pengacaraan dan penggambaran itu," tulis Amyza lagi.

Dalam masa sama, di platform media sosial itu, Amyza melayangkan ucapan khas sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka ke-16.

"Selamat ulang tahun perkahwinan suamiku sayang. Semoga Allah pegang hati ini untuk tidak berpaling, tidak lelah menjaga, memanja, menyayangi, mencintai B.

"Walaupun B strok, doa love tetap B suami dan ayah kepada anak-anak love di dunia dan sehingga ke jannah nanti," kata Amyza lagi.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

kak kaaia minta maaf kepada semua clients yg kak kaaia buat emcee for dinner,event,wedding and also to productions,bukan tak nak share all my activities tu kat instagram,and bukan pilih bulu,tetapi sebenarnya skrg ni ada lagi penting untuk kak kaaia focus,iaitu my husband,dia stroke. inshallah ..one fine day i will share keje2 emcee and shooting tu . ❤❤❤ Happy anniversary suami ku sayang, semoga allah pegang hati ini untuk tidak berpaling,untuk tidak lelah menjaga,memanja,menyayangi,mencintai b. walaupon b stroke,doa love tetap b suami dan ayah kepada anak2 love di dunia dan sehingga ke jannah nanti. dan.... terima kasih untuk lagu nyanyian baby . ni lagu masa kita bercinta kannnn. tq nyanyi kan lagu and record lagu ni for me. ❤

A post shared by KAAIA (@amyzaaznankaaia) on


Sebelum ini, Amyza pernah beberapa kali berkongsi keadaan suaminya yang diserang sakit jantung hingga terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

BACA: "Saya 'Lost' Tanpa Dia" - Amyza Aznan Minta Doa, Suami Diserang Sakit Jantung

Amyza dan Khairil berkahwin pada tahun 2004 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Andre, 13, Adrian, 10, dan Ayden, 4 .


Tag: Amyza Aznan, Khairil Izhar Mohd Nazir, suami lumpuh, pelakon



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.