TAHUN 2008, bermula perjalanan ‘Marvel Cinematic Universe’ (MCU) yang didahulukan dengan filem Iron Man lakonan Robert Downey Jr dan selebihnya, bak kata orang putih, “..and the rest is history”.

Sejak itu, kita disajikan dengan filem-filem adiwira Marvel yang sangat hebat dan sering dinantikan peminat di seluruh negara.

Setelah 11 tahun dan 21 filem diterbitkan oleh Marvel Studios, kini tinggal hanya 14 hari sahaja lagi menjelang tayangan filem ke-22 dalam MCU iaitu, ‘Avengers; Endgame’.

Boleh dikatakan filem ini bakal menjadi kemuncak pertembungan pasukan Avengers bertemu The Mad Titan, Thanos selepas dia melenyapkan hampir separuh penduduk alam semesta menggunakan Infinity Gauntlet.

Kesemua filem tersebut berkait antara satu sama lain dan mempunyai jalan cerita menuju ke filem ‘Avengers: Endgame’.

Dan, filem-filem MCU itu setakat ini termasuk ‘Avengers: Endgame’ juga dikenali sebagai ‘The Infinity Saga’ sepertimana yang dikatakan oleh Presiden Marvel Studios, Kevin Feige, .

Tetapi, semua filem MCU ini anda harus tonton mengikut garis masa dan susunan yang betul bagi memahami jalan cerita menuju ke perhitungan terakhir pasukan Avengers bertemu Thanos.

Berikut adalah infografik susunan filem MCU yang anda harus tonton sebelum menonton ‘Avengers: Endgame'.


Susunan filem MCU yang perlu ditonton mengikut garis masa yang betul menjelang filem 'Avengers: Endgame'


Malaysia boleh dikatakan sebagai negara yang bertuah kerana tayangan filem ‘Avengers: Endgame’ ditayangkan dua hari lebih awal daripada Amerika Syarikat iaitu pada 24 April 2018.

Ini bermakna kita dapat menyaksikan aksi pasukan Avengers lebih awal dari negara lain! (tapi janganlah pula kita bagi spoiler filem ini ya!).

Selain filem-filem dalam MCU ini mempunyai kaitan antara satu sama lain, ada juga filem yang mempunyai garis masa yang hampir sama antara satu sama lain.

Filem-filem di dalam MCU boleh dikatakan antara perancangan filem yang paling berjaya dalam sejarah kerana dapat membina 'fan base' tidak kira dari peminat komik Marvel atau pun tidak, selain berjaya mencipta fenomena di seluruh dunia.

Diharap juga satu hari nanti penggiat filem Malaysia dapat mencipta aura seperti dilakukan oleh Marvel Studios.