Tutup

"Ingat lagi masa tengah nazak, nyawa dah 50-50 ..." - Fendy Bakry

"Ingat lagi masa tengah nazak, nyawa dah 50-50 ..." - Fendy Bakry
Pelakon yang mula popular dengan drama bersiri Mr Grey sekitar tahun 2018 itu didakwa menderita penyakit misteri ketika penggambaran drama
PELAKON Fendy Bakry menyentuh hati peminatnya menerusi ucapan hari jadi yang diraikan serentak dengan sambutan Hari Raya Aidiladha semalam.

Dalam ucapan itu, Fendy turut mengenang semula detik ketika dia pernah menderita penyakit misteri beberapa tahun lalu.

"Nak ucap terima kasih banyak kepada semua yang kirimkan dua, selalu buat solat hajat, selalu nasihat dan selalu juga membawang. Semuanya aku sayang!

"Disebabkan semua kalian semualah, aku berjaya lalui detik-detik sukar dalam hidup aku.
"Aku ingat lagi masa aku tengah nazak... Nyawa aku dah 50-50 masa tu, tiap hari aku selalu tengok Tweet dan mesej dari kalian semua.

"Di sini aku dapat sesuatu yang tak pernah aku dapat iaitu kasih sayang dari kalian semua.

"Bertarung nyawa bukanlah sesuatu benda yang sangat mudah tapi disebabkan kasih sayang dan semangat kalian pinjamkan pada aku, aku masih ada di sini.

"Sampai sekarang walaupun aku bertarung nyawa dan survive dalam hidup, tak semua yang kalian nampak pada aku itu sesuatu yang indah," tulisnya dalam satu entri khas di Instagram.
BACA: Fendy Bakry jatuh sakit tiba-tiba
 
BACA: Tahap kesihatan semakin pulih, Mr Grey dibenarkan balik rumah


Reda dengan segala ketentuan ilahi, tambah Fendy Aidiladha tahun ini telah memberikan makna mendalam baginya.

"Aidiladha sangat bermakna buat aku dan harapkan ia memberi beribu makna kepada kalian semua," ujar Fendy lagi.

Pelakon yang mula popular dengan drama bersiri Mr Grey sekitar tahun 2018 itu didakwa menderita penyakit misteri ketika penggambaran drama terbabit.

Malah, dikhabarkan pelakon itu pulang ke kampung halamannya di Perlis untuk mendapatkan rawatan perubatan Islam.


Tag: Instagram, Fendi Bakri, penyakit misteri, pelakon, Hari Raya Aidiladha


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.