awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MN belum serius, Kerajaan Perpaduan ikrar tumpu nasib rakyat hingga PRU16 - PM Anwar
Anak perempuan Kim Jong Un lakukan kunjungan pertama ke makam keluarga
AirBorneo lancar penerbangan pertama, catat era baharu dalam kesalinghubungan Sarawak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ingatannya agak kritikal' - Terhantuk ketika main bola abang mohon doakan Ejai Azarra Band

Gempak
Gempak
15/10/2019
09:43 MYT
'Ingatannya agak kritikal' - Terhantuk ketika main bola abang mohon doakan Ejai Azarra Band
Menurut abangnya, kepala Ejai telah terhantuk sewaktu terjatuh sehingga mengalami gegaran otak yang menyebabkan dia hilang ingatan. - Foto Instagram
ABANG kepada vokalis Azarra Band memohon orang ramai mendoakan adiknya, Ejai Aziz yang mengalami kemalangan ketika bermain futsal.
Abangnya memaklumkan berita itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagram milik Ejai.
Menurut abangnya, kepala Ejai telah terhantuk sewaktu terjatuh sehingga mengalami gegaran otak yang menyebabkan dia hilang ingatan.
“Saya abang kepada Ejai Aziz, minta semua rakan-rakan yang mengenali adik saya Ejai Aziz yang kini hilang ingatan akibat terhantuk ketika bermain bola.
“Kini beliau berada di hospital Sungai Buloh dan ingatannya agak kritikal, saya harap rakan-rakan yang mengenali beliau doakan semoga ingatan beliau pulih,” tulisnya.
View this post on Instagram
Sy abg kepada ejai aziz , minta semua rakan2 yg mngenali adik sy ejai aziz yg kini hilang ingatan akibat terhantuk ketika bermain bola..kini beliau berada di hospital sg buloh , dan ingatannya agak kritikal sy harap rakan2 yg mngenali beliau doakan smoga ingatan beliau pulih..
A post shared by aRMa (@ejai_aziz) on
Oct 13, 2019 at 11:26am PDT
Dalam pada itu, anggota kumpulan Khalifah, Harry juga turut memohon orang ramai mendoakan Ejai.
“Saya nak minta jasa baik korang untuk mendoakan Ejai daripada kumpulan Azarra Band, saya baru dapat tahu semalam dia main bola selepas itu dia terjatuh, kepala dia terdapat hentakan yang sangat kuat dan doktor mengesahkan mengalami gegaran otak sampai dia hilang ingatan,” katanya menerusi video pendek di Instagramnya.
View this post on Instagram
Mohon doa2 kalian utk vokalis @azarraband_official iaitu @ejai_aziz semoga cepat sembuh dari gegaran otak...sedih rasa hati apak ni bila adik2 di timpa musibah mcm gini..
Terdahulu, Ejai atau nama sebenarnya Mohd Azrizal Aziz, 32 merupakan vokali Azarra Band yang terkenal dengan lagu Alalala Sayang.
Topic Berkaitan
#Azarra Band
#Ejai Aziz
#hilang ingatan
#Instagram
#kemalangan
#terhantuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan