BERBAKI lagi dua hari sebelum kumpulan K-pop terkemuka, ‘BLACKPINK in Malaysia’ untuk mengadakan konsert jelajah ‘2019 World Tour [In Your Area]!
BLACKPINK berada di bawah naungan YG Entertainment dan membuat debut pada 2016 serta mempunyai empat ahli iaitu Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa.
Kumpulan kuartet tersebut bakal mengadakan konsert di Stadium Malawati, Shah Alam pada 23 dan 24 Februari 2019 bermula jam 6 petang.
Adakah anda sudah tahu 7 perkara mengenai kumpulan sensasi Korea Selatan ini?
1. Maksud BLACKPINK
BLACKPINK membawa maksud yang lebih mendalam daripada sekadar bermaksud penyatuan dua warna yang mempunyai perbezaan yang ketara.
Menurut wakil YG Entertainment, BLACKPINK merupakan percubaan untuk bercanggahan dengan persepsi umum terhadap warna merah jambu, seperti tanggapan bahawa warna tersebut hanya membawa maksud cantik.
Sebaliknya, BLACPINK bermaksud kecantikan bukannya segala-galanya.
Nama unik tersebut juga bukan sahaja melambangkan kecantikan malah juga bakat mereka.
2. Mempunyai empat ahli dan dua daripada mereka bukan berasal dari Korea Selatan.
JISOO
Nama sebenar: Kim Ji Soo (nama timangan: Jichu, Chi Choo)
Peranan: Penyanyi vokal utama
Jisoo merupakan visual kumpulan atau yang paling cantik dalam BLACKPINK.
Penyanyi vokal utama ini, 24, dilahirkan di Seoul yang merupakan pelatih selama lima tahun dan merupakan ahli ketiga yang diumumkan sebelum debut dengan BLACKPINK.
Anggota yang paling tua dalam kumpulan tersebut boleh bertutur dalam tiga bahasa iaitu dalam bahasa Korea, Jepun dan Cina.
Jisoo pernah menjadi model dalam iklan syarikat bagasi Samsonite Red bersama pelakon popular, Lee Min Ho.
Menurut anggotanya, Jennie, beliau malu untuk bertutur dalam bahasa Inggeris walaupun memahami bahasa tersebut.
Jisoo suka mengumpul barangan yang berkaitan dengan ‘Pikachu’ dan suka mencuba pelbagai jenis makanan.
JENNIE
Nama sebenar: Kim Jennie (nama timangan: Jendeukie)
Peranan: ‘Rapper’ utama, penyanyi vokalis
Jennie merupakan ‘rapper’ BLACKPINK yang berusia 23 tahun dan merupakan ahli pertama yang diumumkan sebagai ahli kumpulan tersebut.
Jennie di Anyang iaitu di pinggir bandar Seoul dan dibesarkan di Auckland, New Zealand buat lima tahun sebelum kembali ke Seoul untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.
Beliau boleh bertutur dalam bahasa Korea, Jepun dan Inggeris dan digelar sebagai ‘YG Princess’ dan juga ‘Human Gucci’ atau 'Human Chanel' kerana mempunyai citarasa yang tinggi dalam fesyen.
Beliau juga mengeluarkan lagu solo pada tahun lalu yang berjudul “SOLO”.
Dalam pada itu, beliau juga membuat penampilan di beberapa muzik video rakan selabel dengannya termasuk muzik video anggota Big Bang, “That XX”.
Pada Januari lalu, Jennie dilaporkan sah bercinta dengan anggota kumpulan EXO, Kai.
Bagaimanapun, jodoh kedua-dua bintang Korea Selatan tersebut tidak berkekalan apabila mereka mengambil keputusan untuk berpisah selepas empat bulan bercinta.
Jika Jisoo merupakan seorang ‘foodie’, Jennie pula gemar memasak.
Walaupun dikenali sebagai ikon fesyen dan seorang ‘badass’ di pentas, Jennie suka menggunakan aegyo (berperangai comel) dan mempunyai personaliti yang ceria.
Sebagai seorang penggemar anjing, beliau mempunyai dua ekor anjing peliharaan iaitu seekor ‘crocker spaniel’ putih yang bernama Kai dan seekor ‘pomeranian’ coklat yang bernama Kuma.
ROSÉ
Nama sebenar: Park Chae Young (nama timangan: Pasta, Rose, Rosie)
Peranan: Penyanyi vokalis, penari utama
Penyanyi vokalis BLACKPINK ini dilahirkan di Auckland, New Zealand dan pernah menjadi ‘cheerleader’ sebelum membuat debut dengan BLACKPINK.
Mempunyai suara yang lembut dan boleh bermain piano serta gutar menjadikannya anggota yang sangat unik.
Tahukah anda, Rosé lebih suka dipanggil nama sebenarnya berbanding dengan nama timangannya dan beliau dilahirkan dengan kecenderungan menggunakan tangan kiri atau kidal.
Beliau juga pernah berduet dengan rakan selabelnya, G Dragon daripada kumpulan Big Bang dalam lagu 'Without You'.
LISA
Nama sebenar: Lalisa/Pranpriya Manoban (nama timangan: Lalice, Laliz)
Peranan: Penari utama, ‘Rapper’ utama, vokalis
Lisa merupakan maknae (anggota paling muda) dalam kumpulan ini dan bukan warganegara tempatan.
Lisa dilahirkan di Bangkok, Thailand dan kemudian berpindah ke Korea Selatan.
Fasih berbahasa Korea, Inggeris, Jepun, Thailand dan Cina, Lisa merupakan anggota kedua yang diumumkan sebelum membuat debut.
Lisa yang dilahirkan sebagai Pranpriya Manoban tetapi namanya ditukarkan kepada Lalisa berikutan sesi ‘fortune telling’ dan sejak itu, beliau dikenali sebagai Lisa.
Selain itu, Lisa juga pernah membuat penampilan dalam ‘Ringa Linga’ iaitu muzik video rakan selabelny, Taeyang daripada kumpulan Big Bang.
Maknae ini juga merupakan kawan ahli kumpulan GOT7, Bambam kerana pernah menganggotai kru tarian yang sama iaitu ‘We Zaa Cool’.
3. Nama fandom: BLINKs
Peminat BLACKPINK dikenali sebagai Blinks, istilah yang digunakan Jennie dalam mesej hari jadinya di mana beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka atas kasih sayang dan sokonganan berterusan mereka.
Ia adalah penggabungan dua perkataan iaitu ‘black’ dan ‘pink’.
'BL' daripada perkataan BLACK + 'INK' daripada perkataan PINK = BLINK.
Jika anda ingin menjadi Blink, jangan lupa ‘lightstick’ rasmi atau ‘Bbyong Bong’ anda!
4. Satu-satunya ‘girl group’ dari YG Entertainment
YG Entertainment merupakan antara agensi K-pop terbesar di Korea Selatan.
Kumpulan daripada pelbagai genre dihasilkan oleh agensi ini.
2NE1 merupakan kumpulan perempuan terkenal yang membuat debut di bawah agensi ini pada 2009.
Bagaimanapun, kumpulan ini dibubarkan pada 2016.
Apabila BLACKPINK membuat debut pada Ogos 2016, ia membuatkan kumpulan itu satu-satunya ‘girl group’ daripada YG Entertainment.
5. Mempunyai rancangan realiti mereka yang tersendiri
Kuartet ini mempunyai rancangan realiti mereka yang sendiri yang bertajuk ‘BLACKPINK House’.
Rancangan yang mempunyai 12 episod itu menunjukkan percutian mereka di rumah ‘Pink Princess’ semasa sambutan ulang tahun BLACKPINK.
Siri tersebut menampilkan sisi semua anggota di sebalik tabir yang sebenarnya feminin dan lucu iaitu berlainan dengan penampilan mereka ketika membuat persembahan.
6. ‘Girl group’ yang mempunyai subscriber YouTube terbanyak di dunia
Selain merupakan kumpulan yang melanggar stereotaip dan norma sosial, BLACKPINK mempunyai subscriber terbanyak di YouTube iaitu sebanyak 19 juta.
Mereka mengalahkan kumpulan ‘Fifty Harmony’ dan juga ‘Little Mix’ di peringkat antarabangsa.
Muzik video mereka ‘Ddu-du-ddu-du” juga memecah rekod yang dipegang muzik video DNA oleh kumpulan K-pop ‘boy band’ BTS dengan memperolehi 674.4 juta tontonan setakat 21 Februari 2019.
Tidak dilupakan juga kolaborasi mereka bersama-sama penyanyi jelita British, Dua Lipa yang berjudul ‘Kiss and Make Up’.
Lagu tersebut menduduki tangga ke-36 pada ‘Official Singles Chart’ apabila dikeluarkan sekaligus menjadikan BLACKPINK kumpulak K-pop wanita pertama untuk memasuki carta UK top 40.
7. Lagu BLACKPINK yang anda perlu dengar sekarang!
BLACKPINK membuat debut pada 2016 dengan lagu ‘Boombayah’ yang tempo lagunya amat pantas.
Lagu dan visual muzik video tersebut yang dinamik bertujuan untuk memperkenalkan setiap ahli dan personality mereka yang unik.
‘Whistle’ merupakan lagu yang mempunyai ritma yang lebih perlahan dan ‘seksi’ dengan bunyi wisel yang menjadikan lagu ini lain daripada yang lain.
Seterusnya, ‘As If It’s Your Last’ mempunyai genre pop yang biasa tetapi apabila dicampurkan dengan gerak tarian pada korus lagu berkenaan, ia menjadi lagu yang berirama manis.
‘Playing With Fire’ pula berkisahkan percintaan itu seolah-olah bermain dengan api.
Seperti biasa, lagu BLACKPINK diiringi visual yang menarik dan juga irama serta korus yang akan melekat di kepala anda sepanjang hari.
Kongsikan fakta kegemaran anda di ruang komen di bawah!
Isabelle Leong
Thu Feb 21 2019
BLACKPINK berada di bawah naungan YG Entertainment dan membuat debut pada 2016 serta mempunyai empat ahli iaitu Jisoo, Jennie, Ros dan Lisa. - @blackpinkofficial / Instagram
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Penumpang HSR Jakarta-Bandung cecah 2.56 juta orang
Pada masa ini, perjalanan kereta api harian kereta api itu telah meningkat daripada 14 kepada 52 dan bilangan tempat duduk penumpang melonjak daripada 8,400 kepada lebih 31,000.
Antara pembangunan, pilihan manusia & kesihatan planet
Antara pembangunan, pilihan manusia, dan kesihatan planet.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
KKR beri jaminan projek Kolam Selam Tempur siap Jun ini - Nanta
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan Kolam Selam Tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Pemilihan MIC bermula 27 April ini
MIC akan mengadakan pemilihan parti bagi penggal 2024-2027 dari 4 Mei hingga 6 Julai dengan hari pencalonan ditetapkan mulai 27 April ini.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
Tumpuan Khamis - 18 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MCMC rakam percakapan Che'gubard, Salim lebih tiga jam
Salim dan Che’gubard yang ditemui di bangunan tersebut memberitahu mereka disiasat atas pertanyaan berkaitan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam media sosial baru-baru ini.
Sabah kehilangan pemimpin berpengalaman, luar biasa - Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan pemergian Tan Sri Joseph Kurup adalah satu kehilangan pemimpin berpengalaman dan luar biasa bagi negeri Sabah.
Cinta V BTS, Jennie BLACKPINK terlerai
Laporan yang dikeluarkan oleh JTBC itu bagaimanapun tidak mendedahkan mengenai punca percintaan mereka kandas.
BLACKPINK jadi tetamu kehormat Istana Buckingham
Anggota BLACKPINK hadir ke majlis berkenaan dengan gaya tersendiri.
Ada sebab selebriti bergelut dengan masalah kesihatan mental - Rose BLACKPINK
Rose muncul dalam program kesedaran kesihatan mental yang dihoskan oleh wanita pertama Amerika Syarikat, Jill Biden, pada Jumaat.
"Kami masih berbincang" - Agensi nafi Lisa Blackpink tolak tawaran kontrak baharu
Dalam satu kenyataan, agensi itu memaklumkan perbincangan antara kedua pihak masih berjalan.
BTS punyai jumlah peminat terbesar, diikuti Blackpink - Kajian
Akaun budaya pop @viraltakes di X baru-baru ini berkongsi 10 kumpulan K-Pop dengan jumlah pengikut terbesar di pelbagai platform.
Raih 90 juta 'subscriber' YouTube, BLACKPINK cipta sejarah lagi
BLACKPINK terus mencipta sejarah dalam kerjaya seni mereka apabila menjadi artis pertama meraih jumlah 'subscriber' tertinggi di saluran YouTube.
Lagu 'Flower' Jisoo BLACKPINK paling laris di China
Anggota kumpulan BLACKPINK, Jisoo terus meraih perhatian ramai apabila lagu solonya berjudul Flower mencipta kejayaan demi kejayaan.
Henti persepsi negatif tentang Malaysia - Penganjur konsert Coldplay
Kenyataan dalam beberapa laporan memaklumkan artis papan atas antarabangsa tidak berminat masuk ke negara ini adalah tidak tepat.
BLACKPINK kini kumpulan muzik dengan kutipan konsert tertinggi dalam sejarah
Jelajah Dunia Born Pink BLACKPINK bermula di Seoul pada Oktober 2022 dan telah singgah ke Amerika Utara, Eropah dan Asia.
Nik Abduh tegur peminat Coldplay, Blackpink
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegur peminat kumpulan rock dari British, Coldplay dan juga kumpulan K-Pop, Blackpink.