SETELAH beberapa media hiburan antarabangsa melaporkan Justin Bieber telah mengaktifkan semula akaun Instagram beliau, akaun itu terus dipadamkan semula.

Susulan itu, Bieber menjelaskan bahawa ia merupakan satu kesilapan.

Dua minggu lepas, Bieber nekad untuk menutup akaun Instagramnya setelah mendakwa peminatnya biadab terhadap kekasihnya Sofia Ritchie.

Bieber pada Isnin memuat satu kenyataan ringkas di Twitter untuk menjelaskan tentang status Instagram beliau.

“Masih tiada Instagram. Ia merupakan satu kesilapan,” kata Bieber di Twitter.


Pada Isnin, media antarabangsa melaporkan Bieber telah membuka semula akaun Instagram kepada umum dengan memuat naik gambar anjingnya bernama Todd.

Bieber mengambil langkah drastik itu sebelum ini demi menjaga hati Ritchie.

Kekecohan itu turut melibatkan bekas kekasihnya, Selena Gomez.

Tindakan Bieber ini menerima pelbagai reaksi.

Ada yang anggap Bieber memainkan perasaan para peminatnya.