ISTERI pendakwah bebas Da'i Farhan, Dr. Erin bersikap terbuka untuk menerima dan berbaik-baik dengan bekas madunya, Fatin Nurul Ain.
Berkongsi beberapa foto bertemu dan berpelukan dengan Fatin, jelas Dr. Erin suaminya mengubah perspektifnya tentang hal poligami.
"Wahai zaujku, engkau manusia yang boleh memberikan jawapan dari ramai-ramai ustaz yang pernah saya tanya kenapa harus terima poligami.
"Ayang boleh memberikan jawapan yang boleh membuka hati saya untuk berpoligami walaupun saya seorang anti poligami.
"Tak mungkin saya berkongsi suami dengan orang lain. Saya rela menjanda 100 kali pun!" tulisnya menerusi kemaskini entri di Instagram baru-baru ini.
Menyifatkan cemuhan masyarakat sebagai ujian hidupnya, tambah Dr. Erin dia akui situasi itu berjaya ditempuhi dengan tenang.
"Allah uji dulu betulkah betul-betul beriman, reda dengan segala ujian dan takdir ditetapkan walau itu paling tak mampu dihadapi.
"Allah beri saya satu tiket ujian dicemuh dikeji sebab kahwin lelaki orang. Benda yang saya paling tak boleh hadap tapi itulah saya rasa saya dah boleh hadapi semua ini dengan hati tenang.
"Saya pun akan korban perasaan saya juga kalau itu boleh membuatkan suami dan anak-anak saya gembira.
"Wahai zaujku, tetaplah memberi ilmu kebaikan walau kadang-kadang kita dianggap salah kerana kita semua pendosa di muka bumi ini. Jalani kehidupan sebaik mungkin.
"Selagi mana saya masih isteri saya akan sentiasa berada di belakang ayang. Kalau ditakdirkan sebaliknya, ayang tetap tok imam kegemaran saya," tambahnya.
Sementara itu, perkongsian foto bertemu Fatin dan berpelukan antara satu sama lain membuatkan ramai yang memuji kedua-dua wanita itu.
Malah, ada yang mendoakan untuk Fatin dan Farhan kembali rujuk selepas dua bulan bercerai.
"Alhamdulillah, semoga mereka rujuk balik antara satu sama lain. Fatin dan Farhan hidup bahagia bersama Puan (Dr. Erin)," tulis salah seorang pengguna.
Balas Dr. Erin pula; "Saya tak pernah bermusuh dengan siapa-siapa pun. Cuma keadaan buat saya ni jahat.
"Insya-Allah. Doalah yang baik-baik untuk mereka."
Dr. Erin juga sanggup meminang mana-mana wanita pilihan suaminya seandainya Farhan mengambil keputusan untuk berkahwin lain.
Mengimbas semula, Farhan telah menceraikan Fatin ketika sedang sarat hamil menerusi aplikasi WhatsApp pada 3 Disember tahun lalu.
Hal itu terjadi selepas Farhan mengahwini Dr. Erin ketika sama-sama mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah sebelum itu.
Hasil perkongsian hidup Farhan dan Fatin, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Fariha, 2, dan Nik Farrel Fahim yang dilahirkan pada 5 Januari lalu.
Gempak
Wed Feb 12 2020
Hasil perkongsian hidup Farhan dan Fatin, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Fariha dan Nik Farrel Fahim. - Astro GEMPAK
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Puteri Sarah, Ira Kazar capai persetujuan selesai kes saman cara baik
Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira Kazar berhubung kes menggangu rumah tangganya dengan Syamsul Yusof di Mahkamah Sesyen diselesaikan secara baik.
Isteri Da'i Farhan berdamai dengan bekas madu, tak tolak suami rujuk bekas isteri
Berkongsi beberapa foto bertemu dan berpelukan dengan Fatin, jelas Dr Erin suaminya mengubah perspektifnya tentang hal poligami.