Tutup

Its real! Ariana Grande sahkan foto bersama BTS Jungkook bukan palsu

Its real! Ariana Grande sahkan foto bersama BTS Jungkook bukan palsu
Menurut Ariana, dia juga tidak menyangka foto tersebut menjadi topik hangat di kalangan netizen. - Foto Instagram
PENYANYI antarabangsa Ariana Grande akhirnya memberikan respon mengenai keraguan peminat terhadap fotonya yang diambil bersama anggota kumpulan K-Pop terkenal dunia, BTS Jungkook.
 
Ariana menerusi laman Twitternya mengesahkan foto tersebut adalah tulin dan bukan disunting seperti yang didakwa netizen.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

screaming.


Menurut Ariana, dia juga tidak menyangka foto tersebut menjadi topik hangat di kalangan netizen.
 
“Tolong, tolonglah beritahu mereka bahawa foto ini tidak disunting kerana ramai yang menyangka foto kamu berdua itu adalah palsu,” tulis seorang pengikut Twitter.
Melihat pada persoalan itu, Ariana kemudiannya membalas:
 
“Tidak, memang tidak. Tanya @AlfredoFlores! Namun… Wow! KENAPA pula saya nak post foto yang disunting dan berterima kasih kepada dia (Jungkook) kerana datang ke konsert saya?” jelasnya.

Bagaimanapun warna dan kedudukan mereka dalam foto tersebut membuatkan Jungkook seolah-olah nampak seperti disunting.


Tag: Twitter, Instagram, konsert, K-Pop, BTS Jungkoo, Ariana Grande



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.