BEKAS madu pelakon Izreen Azminda, Intan Liana Saleh mengucapkan tahniah kepada aktres terbabit yang kini sedang hamil.

Ucapan itu disampaikan Intan melalui jawapan kepada pengguna melalui Instastory sebentar tadi.

"Alhamdulillah... Tahniah ex madu. Insya-Allah bonda pun berhak bahagia. Gitu. On the way lah ni ke jalan bahagia," tulis Intan.



Pada tengah hari Jumaat, Izreen mengumumkan dia sedang meniti hari untuk menimang cahaya mata sulung bersama suaminya, Ude.

BACA: Kongsi Foto Ultrasound, Izreen Azminda Hamil?

Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid berkahwin pada 8 Ogos 2018 di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.

Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014.

Menerusi perkahwinan pertama, pelakon itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar, 5.

Manakala, Ude pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018.

Hasil perkahwinan Ude dan Intan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri, 4 dan Ariq Murqi, 2 tahun.