Penutup seni filem tempatan diceriakan dengan kehadiran filem kecil berbahasa Tamil terbitan tempatan, Jagat.

Filem arahan Shanjey Kumar Perumal itu dibintangi Harvin Raj, Jibrail Rajhula, Tinesh Sathi Krishnan dan Kuben Mahadevan.

Bagi Astro AWANI, Jagat merupakan satu kitaran ganas kehidupan yang cukup memeritkan. Namun, itulah hakikatnya sampai bila-bila!

Sebahagian penonton rata-ratanya tertarik dengan jalan ceritanya yang jujur serta paparan visual yang cukup mempesonakan.

Kehalusan lakon layar filem itu juga dibuat cukup cermat dan menepati latar belakang sosio budaya kaum India di Malaysia.

Ada di antara penonton yang meletakkan filem itu sebagai sebuah mahakarya yang wajar dibanggakan.




Paparan moral yang ditampilkan cukup berseni dan digarap dengan baik oleh pengarahnya.

Tambah @_natashaanuar, rakyat Malaysia wajar menyokong filem ini tanpa mengira ia sebuah filem Tamil.





Bukan sahaja jalan ceritanya yang baik, sinematografi filem tersebut dan kehebatan pelakon-pelakonnya cukup berkesan, tidak ketinggalan adunan muzik yang dibuat dengan baik.







Pengkritik filem terkenal, Hassan Muthalib meletakkan Jagat sebagai antara tiga filem terbaik Malaysia untuk tahun ini.


Sebagai salah satu kaedah mempromosikan filem ini, penerbit filem Jagat turut memuat naik tiga minit awal daripada filem tersebut.

Here you go guys, exclusive first 3 min preview of JAGAT! #Jagatthemovie

Posted by MyTamilChannel on

Bukan sahaja penonton yang menyukai filem ini, pengamal media tempatan turut memberikan pujian kepada filem tersebut.



Pengarang di hlive, Syazwan Zakariah menyifatkan filem ini sebuah cerita yang memaparkan hakikat kehidupan yang rapuh dan sentiasa berlegar dalam lingkungan yang sama.



Karyawan tempatan seperti pelakon Sofia Jane kagum dengan sambutan positif yang diterima oleh filem ini dan menyifatkannya sebagai sebuah filem yang memberi rasa.



Pengkritik filem, Ajami Hashim turut menulis satu surat terbuka untuk Appoy, watak utama dalam filem tersebut.


Bagi pengarah filem ...Dalam Botol, Khir Rahman, Jagat disifatkan sebagai sebuah nashkah yang cuba berkarya sebaik dan sehalus mungkin dengan bahasa filem yang berkias dan berbahasa.




Jika anda terlihat poster filem ini di pawagam berdekatan anda, pergilah nyatakan sokongan anda terhadap filem kecil ini yang berjiwa besar.


Jagat mengisahkan kehidupan Appoy, 12, (Harvin) seorang anak estet yang hidup bersama bapanya, Maniam (Kuben), pakcik Dorai (Jibrail), si gengster, dan Bala (Senthil) bekas penagih dadah yang baru keluar dari pusat serenti.

Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada Appoy membuatnya semakin dekat dengan pakciknya Dorai, juga dikenali sebagai Mexico dan Bala - ekoran penderaan secara tidak langsung dan menjadi mangsa buli.

Dek kerana itu, Appoy semakin ‘terbiasa’ dengan rutin harian Dorai dan Bala dan secara tidak langsung terpengaruh dengan kehidupan yang tidak sihat.

Apakah yang terjadi kepada Appoy? Dapatkan jawapannya dalam Jagat yang kini masih ditayangkan di beberapa pawagam tanah air.