awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalaluddin Hassan jadi mangsa khabar angin meninggal dunia sekali lagi

Astro Awani
Astro Awani
28/06/2016
15:35 MYT
Jalaluddin Hassan jadi mangsa khabar angin meninggal dunia sekali lagi
Jalaluddin menyumbangkan suaranya bagi watak antagonis, Virasegaran. - Gambar fail
Pelakon dan hos terkenal tanah air, Datuk Jalaluddin Hassan hari ini kecewa selepas keluar khabar angin beliau sudah menemui ajal.
“Saya terganggu kerana ia melibatkan orang tersayang, rakan-rakan dan peminat,” kata Jalaluddin ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Jalaluddin, 62, mengakui beliau terkejut dengan penyebaran berita palsu tersebut kerana ia bukan kali pertama berlaku. Oktober lalu, Jalaluddin dikhabarkan telah meninggal dunia.
“Saya sedar kita hidup hanya sementara sahaja di dunia ini. Hentikanlah perbuatan tidak bermoral ini, berita yang tidak ada jangan diada-adakan. Kasihanilah peminat-peminat saya,” kata bekas hos program 'Who Wants To Be A Millionaire'.
Jalaluddin baharu sahaja selesai proses rakaman alih suara (dubbing) untuk filem Kabali yang menampilkan legenda filem Tamil, Rajnikanth. Beliau berada di India sejak Selasa dan baharu pulang ke tanah air Ahad lalu.
Jalaluddin menyumbangkan suaranya bagi watak antagonis, Virasegaran dalam filem yang dijangka 'hit' bila ia ditayangkan di Malaysia tidak lama lagi.
Bercerita mengenai pengalaman bekerja bersama kru dari India sewaktu proses rakaman alih suara itu, Jalaluddin berkata, ia cukup terkesan buat dirinya.
Penggambaran Kabali diadakan di Malaysia, Oktober lalu. Kabali merupakan filem Rajinikanth ke-159 dan dijangka mula ditayangkan pada April ini. Kabali diarah oleh pengarah filem, Pa Ranjith.
Kabali turut membariskan pelakon tempatan, Datuk Rosyam Nor yang membawakan watak antagonis, Legau bersama Vincent Chiao - pelakon aksi terkemuka Taiwan.
Selain Rosyam, Kabali turut dibintangi pelakon Norman Hakim dan Zack Taipan.
Kabali dialih suara dalam beberapa bahasa termasuk Bahasa Malaysia, Hindi, Telugu, Malayalam dan Thai.
Topic Berkaitan
#Jalaluddin Hassan
#Kabali
#meninggal dunia
#Rajnikanth
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan