Tutup

Jamal Abdillah berhasrat bukukan kisah hidupnya

Jamal Abdillah berhasrat bukukan kisah hidupnya
Pengalaman selama 40 tahun dalam bidang seni mahu dikongsi Jamal Abdillah dalam autobiografinya. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Selepas empat dekad dalam gelanggang muzik tanah air bermula dengan Bintang RTM pada 1979, Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah berhasrat membukukan kisah hidupnya.

Menurut bintang legenda ini, hasrat untuk menghasilkan biografi sudah lama dipendamnya.

“Selama 40 tahun dalam bidang seni, saya memang berhasrat untuk menerbitkan biografi tentang diri saya.

“Cuma bila biografi, tentu ada kisah yang positif dan yang negatif, kisah yang negatif tu saya tak mahu diungkitkan lagi.
“Kalau ada mana-mana penulis yang sudi menulis kisah hidup saya boleh hubungi saya untuk kita berbincang,” katanya kepada Astro AWANI selepas sidang media Malam Amal Pengasih @cintamanis.

Pelantun lagu ‘Kekasih Awal dan Akhir’, ‘Penghujung Rindu’ dan banyak lagi, harapannya penerbitan biografi itu kelak  peminatnya akan memberi sokongan.
Mengulas mengenai Malam Amal Pengasih yang bertujuan mengutip dana bagi lokasi baru Pengasih di Bentong itu, Jamal menjelaskan, persetujuannya untuk muncul di majlis makan malam Pengasih itu sebagai membalas jasa pusat pemulihan itu padanya.

“Tempat ini banyak berjasa kepada saya selama ini. Lima tahun saya duduk sini, tak buat apa pun, jadi penglibatan saya dalam Malam Amal Pengasih ini kerana membalas jasa mereka,” katanya.

Malam Amal Pengasih @cintamanis akan diadakan pada 17 November nanti di Hotel Istana.

Pada majlis itu nanti, Jamal dan artis terkenal, Man Bai akan mengadakan persembahan yang bertujuan mengutip dana untuk membiayai pembinaan pusat pemulihan Pengasih yang akan berpindah ke Bentong.



Tag: Jamal Abdillah, Raja Pop, autobiografi



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.