awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'James Bond Iban' di karpet merah Oscar

Agensi
Agensi
25/02/2019
04:57 MYT
'James Bond Iban' di karpet merah Oscar
PENAMPILAN Henry Golding di Anugerah Akademi ke-91 mencuri tumpuan wartawan di Hollywood. - Gambar AP
KETAMPANAN aktor Henry Golding dengan persalinan tuxedo ketika melangkah ke karpet merah Oscar membuatkan namanya meniti di bibir wartawan Hollywood.
Mengenakan tuxedo jenama Ralp Lauren, gaya dan aura Henry saling tidak ubah seperti lelaki bernama James Bond.
Penampilannya di majlis Anugerah Akademi ke-91 itu membuatkan media terus tertanya-tanya sejauh mana kebenaran lelaki berdarah Iban - Inggeris itu akan memegang watak ejen perisik kasanova itu.
Sebelum ini, ketika ditemui wartawan TMZ di Lapangan Terbang Los Angeles, Henry tetap mengunci mulutnya daripada bercakap mengenai tawaran membintangi filem ke-25 dalam siri James Bond.
Henry yang juga pelakon utama filem Crazy Rich Asians itu sekadar melemparkan senyuman meninggalkan teka-teki.
Selain Henry, nama-nama lain yang turut disenaraikan sebagai James Bond ialah Tom Hardy dan Richard Madden.
Pelakon-pelakon lain seperti Naomie Harris, Ralph Fiennes dan Lea Seydoux akan mengadakan kemunculan semula dalam filem James Bond yang terbaharu.
APAKAH watak James Bond sudah sah milik Henry Golding? - Gambar AP
APAKAH watak James Bond sudah sah milik Henry Golding? - Gambar AP
Sebagai pelakon Malaysia yang mula menempa kemasyhuran di Amerika Syarikat (AS), Henry memberitahu, dia kini sedang melalui sebuah kehidupan yang menggembirakan.
Masakan tidak, dia kini sudah berdiri sebaris dengan bintang-bintang Hollywood Gred A dan berpeluang menghadiri acara Oscar yang menjadi dambaan sebilangan besar selebriti di dunia.
Dalam temubual dengan personaliti televisyen dan hos E! News, Giuliana Rancic mengakui, berjalan di karpet merah dan berada dalam kelompok selebriti ternama dunia sangat menakjubkan.
Kepada Rancic, Henry mendedahkan yang dia telah menonton filem lakonannya, Crazy Rich Asians antara 14 hingga 15 kali.
"Saya telah menonton filem itu mungkin antara tiga atau empat kali di pawagam tetapi jika termasuk menonton di majlis tayangan perdana semuanya mungkin antara 14 hingga 15 kali," kata Henry berkongsi cerita dengan Rancic keitka diwawancara di karpet merah.
Selain Henry, seorang lagi pelakon kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh juga menghadiri anugerah Oscar ke-91 yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, AS.
HENRY Golding teruja dapat menghadiri acara Anugerah Akademi ke-91 di Hollywood. - Gambar AP
HENRY Golding teruja dapat menghadiri acara Anugerah Akademi ke-91 di Hollywood. - Gambar AP
BACA: 'James Bond Iban' ganti Daniel Craig?
Topic Berkaitan
#Anugerah Akademi
#Henry Golding
#Hollywood
#Oscar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan