Lagu Jampi ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong yang dinyanyikan sendiri Hael Husaini berjaya membolot trofi berprestij, Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini malam ini.
Lagu yang berjaya memukau juri dan penonton tersebut membawa pulang trofi bertatahkan permata Swarovski sentuhan pereka fesyen Rizman Ruzaini, baucar CJ WOW Shop bernilai RM10,000 dan wang tunai RM50,000.
AJL32 turut menyaksikan lagu Sejati ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan yang didendangkan Azmi Caliph Buskers meraih tempat kedua dan sekali gus menerima wang tunai RM35,000 beserta trofi dan baucar CJ WOW Shop bernilai RM2,000.
Manakala tempat ketiga diraih lagu Tergantung Sepi ciptaan Gouffran dan Ibnu yang dinyanyikan Haqiem Rosli membawa pulang RM20,000 beserta trofi dan juga baucar CJ WOW Shop bernilai RM2,000.
Kesungguhan Altimet mempamerkan persembahan berbeza dengan persembahan 'ala-pahlawan Melayu' membawa tuah apabila lagu Amboi menepati ramalan muncul sebagai pemenang kategori Persembahan Terbaik sekali gus memenangi trofi, baucar CJ WOW Shop bernilai RM2,000, telefon pintar Samsung S8 dan wang tunai RM12,000.
Gandingan mantap juara program Duo Star, Syamel dan Ernie Zakri pula diumumkan sebagai pemenang kategori Vokal Terbaik menerusi duet Aku Cinta ciptaan sepenuhnya Syamel yang membawa pulang RM12,000 beserta trofi, baucar CJ WOW Shop RM2,000.
Sementara itu, Khai Bahar yang mempersembahkan lagu Bayang turut diumumkan sebagai penerima Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung dan membawa pulang trofi dan telefon pintar Samsung A8+.
Pentas anugerah yang bertemakan 'Fesyen dan Muzik' turut diserikan dengan kehadiran Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang menyaksikan acara anugerah itu.
Antara lagu yang turut dipertandingkan di pentas AJL32 ialah Separuh Mati Ku Bercinta nyanyian Dayang Nurfaizah (ciptaan sepenuhnya Ajai); Akhirnya Cinta, nyanyian Salma dan ciptaan Ajai dan Slen; Aku Yang Sebenar - Hazama The Penglipur Lara (Datuk M Nasir/Ad Samad); Lebih Sempurna - Syamel (Syamel/Edry Abd Halim/Boy Anaz); Menahan Rindu - Wany Hasrita (Ibnu/Gouffran) dan Warkah Untuk Mu - Ara Johari (Hang Nadim/Laq).
Persembahan pada malam ini diadili 10 juri profesional yang diketuai komposer Azmeer.
Sementara itu, persembahan pembukaan pada acara itu turut diserikan dengan penampilan Stacy dan Waris yang menyampaikan tiga lagu iaitu Aku Stacy, Bosan dan Pakai Buang.
AJL32 yang menyaksikan Sherry Alhadad dan Alif Satar sebagai pengacara, manakala Aubrey Suwito selaku pengarah muzik turut menampilkan Datuk Awie, Siti Sarah, Datuk Jeffrydin dan Datuk A Rahman Hassan yang turut membuat persembahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 11 2018
Hael (kanan) ketika berucap selepas menerima trofi Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu ke-32 malam ini. Instagram @tv3malaysia
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Altimet dedah cubaan Iqram Dinzly muncul ketika persembahan
Altimet yang dinobatkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik mendedahkan kejadian tersebut di akaun Twitter miliknya.
Jampi Hael Husaini menjadi, bolot trofi juarai AJL32
Lagu yang memukau tersebut membawa pulang trofi bertatahkan permata Swarovski sentuhan pereka fesyen Rizman Ruzaini, baucar CJ WOW Shop bernilai RM10,000 dan wang tunai RM50,000.