BINTANG pop Amerika Syarikat Janet Jackson dilaporkan telah berpisah dengan suaminya Wissam Al Mana, yang juga merupakan jutawan dari Qatar, lapor media antarabangsa.

Berita ini mengejutkan ramai pihak kerana Jackson baru sahaja melahirkan anak lelaki bernama Eissa pada 3 Januari lalu.

Akhbar The Mail On Sunday yang memetik seorang sumber berkata Jackson dan Al Mana akan tetap menjadi ibu bapa yang baik walaupun telah berpisah.

“Mereka telah mencapai kata sepakat... dan Eissa akan tinggal bersama ibunya yang kini menetap di London,” kata sumber itu.

Jackson sebelum ini jarang muncul di media antarabangsa setelah mengumumkan kehamilan beliau dan sekaligus menangguhkan siri konsert jelajah ‘Unbreakable’.

Jackson berkahwin dengan Al Mana pada 2012.