Tutup

"Jangan menuduh orang sambut Hari Ibu sebagai kafir kerana ..." - Ini penjelasan PU Azman

"Jangan menuduh orang sambut Hari Ibu sebagai kafir kerana ..." - Ini penjelasan PU Azman
PU AZMAN: "Moga netizen tidak bertekak dalam hal ini. Kerana ia adalah isu perbezaan pendapat." - Foto Instagram
PENCETUS Ummah (PU) Azman tampil menjelaskan kekeliruan yang sering melanda orang ramai terutamanya yang beragama Islam dalam menyambut sambutan Hari Ibu.

Menerusi entri di Instagram (IG), PU Azman menjelaskan tentang hukum sambutan Hari Ibu.

"Ulama beza pendapat tentang hukum sambut hari ibu. [Mazhab pertama] HARAM. Dengan hujah bid'ah dan mengikut budaya barat atau agama lain. (Mazhab kedua) HARUS dengan syarat :

1) Tidak menganggap hari ibu sebagai perayaan dalam kerangka syarak seperti Aidilfitri dan Aidiladha. Ia hanya sambutan yang berkaitan adat saja bukan ibadat. 
2) Ia hanya keraian tambahan daripada meraikan ibu yang wajib dilakukan setiap hari dalam hidup seorang anak. 

3) Jangan ada pembaziran dan upacara yang jelas ditegah syarak. 
4) Jangan nak buat baik tunggu hari ibu saja. Bahkan wajib setiap hari, cuma pada hari ibu sekadar tambahan dengan surprise umpamanya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ulama beza pendapat tentang hukum sambut hari ibu. [Mazhab pertama] HARAM. Dengan hujah bid'ah dan mengikut budaya barat atau agama lain. [Mazhab kedua] HARUS dengan syarat : 1) Tidak menganggap hari ibu sebagai perayaan dalam kerangka syarak seperti aidilfitri dan aidiladha. Ia hanya sambutan yang berkaitan adat saja bukan ibadat. 2) Ia hanya keraian tambahan daripada meraikan ibu yang wajib dilakukan setiap hari dalam hidup seorang anak. 3) Jangan ada pembaziran dan upacara yang jelas ditegah syarak. 4) Jangan nak buat baik tunggu hari ibu saja. Bahkan wajib setiap hari, cuma pada hari ibu sekadar tambahan dengan surprise umpamanya. Moga netizen tidak bertekak dalam hal ini. Kerana ia adalah isu perbezaan pendapat. Yang taknak sambut hari ibu, tindakan anda barangkali lebih selamat untuk pengamalan Islam dalam hidup anda. Tapi jangan menuduh orang yang sambut hari ibu sebagai kafir kerana ia bergantung kepada niat seseorang. Walaupun dikatakan sambutan ini berasal dari agama lain, tapi jika seorang muslim yang meraikannya tidak berniat meniru prinsip agama lain bahkan intipati memuliakan ibu dalam Hari Ibu itu memang ada dalam ajaran Islam dan sambutan Hari Ibu itu hanya sekadar bakti tambahan selain bakti yang dilakukannya setiap hari terhadap seorang ibu. Ingat, jika ada ulama yang menegahnya, maka ada juga ulama yang membenarkannya dengan syarat di atas.

A post shared by CIK MAN (@pu_azman) on


"Moga netizen tidak bertekak dalam hal ini. Kerana ia adalah isu perbezaan pendapat. Yang tak nak sambut hari ibu, tindakan anda barangkali lebih selamat untuk pengamalan Islam dalam hidup anda.

"Tapi jangan menuduh orang yang sambut Hari Ibu sebagai kafir kerana ia bergantung kepada niat seseorang. Walaupun dikatakan sambutan ini berasal dari agama lain, tapi jika seorang muslim yang meraikannya tidak berniat meniru prinsip agama lain bahkan intipati memuliakan ibu dalam Hari Ibu itu memang ada dalam ajaran Islam dan sambutan Hari Ibu itu hanya sekadar bakti tambahan selain bakti yang dilakukannya setiap hari terhadap seorang ibu.

"Ingat, jika ada ulama yang menegahnya, maka ada juga ulama yang membenarkannya dengan syarat di atas," tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata mengucapkan terima kasih kepada PU Azman diatas penjelasan yang diberikan olehnya itu.


Tag: Instagram, Islam, Aidilfitri, Aidiladha, anak, kafir, Hari Ibu, sambutan Hari Ibu, PU Azman



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.