PENGACARA terkenal E!, Catt Sadler, menyeru netizen supaya tidak mengaitkan keputusan letak jawatannya dengan pengacara bersama, Jason Kennedy.

Di laman Instagramnya, Sadler berkata "Jangan tuduh rakan saya Jason Kennedy. Dia sentiasa membantu dan berada di sisi saya selama ini. Ia menyakitkan hati untuk melihat ramai menuduhnya."

Pengacara Daily Pop dan E! News itu juga berkata "Jika hendak marah, tujukan emosi itu ke arah pembuat keputusan, bukan Jason Kennedy."

Pengacara terkenal E!, Catt Sadler menyeru netizen supaya tidak mengaitkan keputusan letak jawatannya dengan pengacara bersama, Jason Kennedy.  Menurut pos instagram, Sadler berkata “jangan tuduh rakan saya Jason Kennedy. Dia sentiasa membantu dan berada di sisi saya selama ini. Ia menyakitkan hati untuk melihat ramai menuduhnya.”  Pengacara Daily pop dan E! News itu juga berkata “jika hendak marah, tujukan emosi itu kearah pembuat keputusan, bukan Jason Kennedy.”  Dalam pos yang sama, Sadler turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang menyokongnya.   Selasa lalu, Sadler letak jawatan selepas mengetahui bahawa pengacara bersama, Jason Kennedy mendapat gaji dua kali lebih tinggi daripadanya.  Menurutnya, dia diberitahu bahawa pengacara lelaki yang memulakan kerja pada tahun yang sama dan melakukan tugas yang hampir sama, mendapat gaji dua kali ganda.  Katanya memang susah untuk menerima berita tersebut dan sangat memalukan kerana dia juga bekerja keras.  “Saya ibu tunggal kepada dua anak. Saya memberikan segalanya kepada organisasi ini. Saya mengorbankan masa saya dengan keluarga dan memberikan 100% kepada E! Apabila saya mengetahui perkara ini, saya rasa direndahkan dan tidak dihargai,” kata Sadler  Sadler mengambil keputusan selepas berbincang dan berunding dengan E! mengenai peningkatan gajinya supaya setaraf Kennedy tetapi tidak berjaya.

Dalam pos yang sama, Sadler turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat.