Tutup

"Janganlah ambil aku sebelum aku mengerjakan haji" - Pelakon Wan Maimunah

"Janganlah ambil aku sebelum aku mengerjakan haji" - Pelakon Wan Maimunah
WAN MAIMUNAH: "Janganlah ambil aku sebelum aku mengerjakan ibadah haji, itulah doa yang sentiasa saya pohon kepada Tuhan."

PELAKON senior berbakat, Wan Maimunah berhasrat untuk mengerjakan ibadah haji.

Menurut Maimunah, dia tidak pernah putus harapan dan sentiasa percaya Tuhan akan memberi rezeki kepadanya.

“Saya sangat teringin menunaikan ibadah haji, sebelum ini saya pernah ke Mekah tapi hanya melakukan umrah.

“Janganlah ambil aku sebelum aku mengerjakan ibadah haji, itulah doa yang sentiasa saya pohon kepada Tuhan.

“Saya percaya dengan rezeki Allah dan tak pernah putus berharap agar hasrat saya dimakbulkan, jika ada pihak yang sudi menghulur bantuan, ia sangat dialu-alukan,” katanya kepada Gempak.

BACA: Wan Maimunah kesal difitnah meninggal dunia

Sedikit info mengenai Maimunah, pelakon kelahiran Johor ini pernah merangkul trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) bagi ketegori Artis Komedi Wanita Popular selama lima tahun berturut-turut bermula edisi 1992 hingga 1996/1997.



Tag: umrah, mekah, Haji, pelakon, Wan Maimunah



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.