BENAR kata orang, langit tak selalunya cerah.
Sama seperti mahligai perkahwinan yang dibina setiap pasangan, kalau tak kukuh sekali dibadai akan berkecai jua.
Pasangan selebriti sama seperti manusia normal yang lain, perasaan cinta boleh bertukar benci.
Andai tiada jodoh, maka ternoktahlah ikatan yang dibina tidak kira berpuluh-puluh tahun sekali pun.
Tahun 2019 menyaksikan beberapa perkahwinan pasangan selebriti yang berkecai.
Gempak senaraikan 10 pasangan selebriti yang bercerai sepanjang tahun 2019 yang kisah mereka hangat diperkatakan umum.
1. Aliff Aziz & Bella Astillah
Tiga kali curang menjadi penamat kisah cinta pasangan selebriti ini. Sejak disahkan bercerai pada 16 Mei 2019, kisah peribadi mereka menjadi perhatian ramai sampai sekarang.
Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean.
2. Fizo Omar & Mawar Karim
Satu-satunya pasangan ideal yang tidak disangka-sangka memutuskan untuk bercerai pada 10 Julai 2019.
Dikatakan berpunca daripada masalah keluarga, pasangan yang bernikah pada November 2013 itu dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia 2 tahun.
3. PU Abu & Ain 'Afini
Antara perceraian pendakwah selebriti yang menjadi perhatian ramai, PU Abu menceraikan bekas isterinya Ain 'Afini ketika sedang hamil 7 bulan menerusi WhatsApp untuk menikahi seorang janda anak satu, Hana Azraa.
4. Da'i Farhan & Fatin Nurul Ain
Kisah rumah tangga pendakwah selebriti Da'i Farhan yang menceraikan isteri pertama Fatin Nurul Ain yang sedang hamil 7 bulan menerusi aplikasi WhatsApp pada 3 Disember lalu menjadi buah mulut ramai.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Farhan sebelum itu mengumumkan telah mendirikan rumah tangga bersama janda anak lapan, Noorainul Naqim di Makkah.
5. Datuk A. Aida & Ariff Aziz
Empat kali berkahwin, produser sensasi Datuk A. Aida mengambil keputusan untuk bercerai dengan pelakon muda Ariff Aziz pada 25 April lalu selepas bersama hampir setahun.
6. Vanidah Imran & Rashidi Ishak
Selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga bersama, akhirnya pasangan Vanidah Imran dan Rashidi Ishak mengambil keputusan untuk bercerai pada 9 Ogos 2018, namun merahsiakan daripada pengetahuan umum selama 7 bulan.
Vanidah dan Rashidi berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Imran, 18 dan Mariyam Rashika, 15.
7. Radhi OAG & Ayu Zahiri
Khabar mengejutkan itu disahkan sendiri oleh isteri Radhi bahawa mereka telah bercerai pada 25 Mac 2019.
Pasangan itu bernikah pada 14 April 2014 selepas bercerai dengan isteri pertamanya, Shazlin Sharif pada 8 Jun 2010 selepas 5 tahun berkahwin.
Radhi dan Ayu dikurniakan sepasang cahaya mata, Nur Aisyah, 4 dan Muhammad Ridfi Muslim, 3 tahun.
8. Sam Bunkface & Aida Azira
Selepas empat tahun berkahwin, pasangan itu memutuskan untuk bercerai pada Januari 2019.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Maleeq yang berusia dua tahun.
9. Natasha Hudson & Noor Nashriq
Tidak memaklumkan tarikh yang tepat, pelakon Natasha Hudson dan pasangan Noor Nashriq akhirnya berpisah.
Pasangan itu berkahwin pada Disember lalu dan itu merupakan perkahwinan keempat Natasha.
Sebelum ini, pelakon itu dikurniakan dua cahaya mata, Naeema Kalila dan Faatimah.
10. Jue Aziz & Bayu
Pelakon Jue Aziz dan pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmal mengejutkan ramai apabila mendedahkan telah bercerai pada akhir tahun 2018.
Pasangan itu berkahwin pada 9 Mac 2014 dan punyai seorang anak angkat, Darwish Naufal, 5.
Antara pasangan selebriti lain yang bercerai tahun ini ialah Zahid dan Sarah Julifa Yusof, Hunny Madu dan Khairul Azhar serta Betty Benafe dan Bruce Dargus.
Sementara pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila serta Lufya Omar dan Che Hafiz masih dalam proses perbicaraan mahkamah.
Sama-sama kita doakan ikatan cinta kembali bertaut dan tahun 2020 menyaksikan tiada lagi kisah rumah tangga selebriti yang berantakan!
Teruskan menyulam cinta!
Gempak
Sat Dec 28 2019
Disenaraikan 10 pasangan selebriti yang bercerai sepanjang tahun 2019 yang kisah mereka hangat diperkatakan umum.
Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Ruhainies sambut Aidilfitri di Tanah Suci, mohon maaf pada semua
"Semoga Allah bersihkan hati, sucikan diri," pinta Ruhainies.
Masih sayang, Aliff Aziz mahu pertahan perkahwinan dengan Bella Astillah
Masih sayang dan mahu pertahankan rumah tangga demi anak-anak merupakan alasan utama penyanyi Aliff Aziz enggan menceraikan isterinya iaitu pelakon dan penyanyi Bella Astillah.
Aliff Aziz tidak mahu ceraikan Bella Astillah
Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz enggan menceraikan isterinya, Bella Astillah, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis.
“Tak perlu risau tiada pasangan untuk jaga kita...” - Rita titip kata-kata semangat pada Bella
Pesan Rita pada Bella jaga anak-anak yang diamanahkan oleh Allah SWT dengan sehabis baik.
Bella Astillah failkan cerai terhadap Aliff Aziz
Pelakon Bella Astillah nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya, aktor Aliff Aziz.
'Jangan sebar berita tidak sahih' - Aisyah Aziz akui keluarga terkesan dakwaan khalwat Aliff, Ruhainies
Aisyah bagaimanapun menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan sesuatu berita yang tidak sahih.
Isu Ruhainies dan Aliff Aziz, akhirnya Risteena buka mulut
Menurut Risteena, adiknya itu berada dalam keadaan baik dan menjalani kehidupan seperti biasa.
'Sabar' - Masih panas isu khalwat, Ruhainies muat naik foto terima sejambak ros merah
Adik kepada pelakon Nur Risteena itu memuat naik video memperlihatkan dia menerima sejambak bunga ros merah di Instagram miliknya pada Ahad.
Aliff Aziz, Ruhainies tampil mohon maaf, bakal jelaskan perkara sebenar
Pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf melalui media sosial masing-masing.
All Stars GV: Aliff Aziz di tangga bahaya, ini markah penuh minggu ke-9!
Konsert minggu kesembilan All Stars Gegar Vaganza (ASGV) menyaksikan nama Noryn Aziz diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.