Joe Jonas dan Sophie Turner kahwin ekspres guna cincin gula-gula

Joe Jonas dan Sophie Turner kahwin ekspres guna cincin gula-gula
Menurut Laporan portal Inquirer, majlis tersebut berlangsung beberapa jam selepas tamatnya Anugerah Muzik Billboard, di mana Joe bersama Nick dan Kevin melakukan persembahan nyanyian lagu mereka secara medley. - Foto Instagram / @sophieturner
LAS VEGAS: Penyanyi Joe Jonas selamat mendirikan rumah tangga bersama pelakon drama bersiri “Game of Thrones” Sophie Turner.

Apa yang menarik, pasangan ini hanya menggunakan cincin gula-gula berwarna merah dan hijau sebagai cincin perkahwinan mereka.
Menurut laporan portal Inquirer, majlis tersebut berlangsung beberapa jam selepas tamatnya Anugerah Muzik Billboard, di mana Joe bersama Nick dan Kevin melakukan persembahan nyanyian lagu mereka secara ‘medley’.

Lokasi perkahwinan pasangan itu dikatakan diadakan Little White Chapel, Las Vegas dengan menggunakan khidmat penyanyi “Elvis” selaku paderi yang menyempurnakan majlis tersebut.

Malah, deejay dan penerbit rekod, Diplo juga turut menghadiri majlis perkahwinan pasangan itu serta melakukan siaran langsung keadaan majlis tersebut menggunakan Instagram Stories.

Jonas dan Turner sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 2017.


Tag: Joe Jonas, Game of Thrones, Sophie Turner, perkahwinan, Instagram, cincin, Anugerah Muzik Billboard, Las Vegas


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.