awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johan Nawawi selamat dikebumi

Astro Awani
Astro Awani
24/03/2017
11:36 MYT
Johan Nawawi selamat dikebumi
Allahyarham komposer terkenal Johan Nawawi, 52 tahun, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Petaling Jaya pada 3.15 petang selepas solat Jumaat. -Astro AWANI/Shahir Omar
Allahyarham komposer terkenal Johan Nawawi, 52 tahun, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Petaling Jaya pada 3.15 petang selepas solat Jumaat.
Jenazah Sebelum itu disembahyangkan di Masjid Kampung Tunku, Petaling Jaya.
Allahyarham yang juga suami kepada penyanyi Nora Ariffin atau lebih dikenali sebagai Nora disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby kira kira jam 6.30 pagi akibat komplikasi jantung.
Nora ketika ditemui Astro AWANI hari ini menceritakan detik sebelum pemergian insan tersayang.
"Semalam suhu badan dia panas dan terus pergi klinik. Masa di klinik, doktor nasihat untuk ke hospital tapi dia hendak balik rumah," katanya.
Jelas Nora, ketika berada di rumah, beliau masih cuba memujuk Johan untuk ke hospital.
"Akhirnya dia setuju ke hospital, dan setiba di sana doktor membuat pemeriksaan.
"Doktor sahkan jantungnya tiada masalah ketika itu, cuma darah putih yang tinggi dan doktor masukkan air," katanya.
Tambahnya, Johan kemudian dimasukkan ke wad bersama pesakit lain.
"Disebabkan saya tidak boleh menunggu, saya balik pada pukul 2 pagi. Saya bersyukur kerana sempat bersalam dan cium dia sebelum balik dan saya rasa kurang ralat," katanya.
Kata Nora lagi, selepas meninggalkan hospital hampir tiga jam, dia dihubungi pihak hospital.
"Masa di rumah saya tidak tidur sebab saya tunggu untuk mengecas telefon bimbit.
"Hospital hubungi saya pada pukul 5.30 pagi dan maklumkan Johan sedang tenat," katanya yang tidak sempat berada di sisi Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir.
Selain sanak saudara, turut hadir memberi penghormatan terakhir di pusara pada Jumaat termasuk rakan rapat Allahyarham Datuk M Nasir dan Datuk DJ Dave.
Menurut M Nasir, Johan adalah antara individu yang disegani sepanjang kariernya.
"Dia seorang yang baik, peramah, rajin dan kreatif. Dia kawan baik bagi saya walaupun dia bekerja di sebalik tabir, tapi sangat terasa kerana dia orang yang aktif dan dia bukan jenis suka duduk diam," katanya.
Johan banyak mencipta lagu untuk isterinya Nora seperti Satu, Desa Tercinta, Naluri, dan Samudera.
Allahyarham yang merupakan penggubah lagu pop sejak 1980-an adalah anak bekas Ketua Pengarah Pusat Islam yang pertama, Mohd Nawawi Mahmud.
Sepanjang karier sebagai komposer, Allahyarham turut menghasilkan lagu berunsur ketuhanan seperti 'Erti Al-Fatihah' nyanyian anak perempuannya.
Lagu berkenaan turut dimuatkan dalam siri animasi "Ummi - Ceritalah Pada Kami!"
Topic Berkaitan
#belasungkawa
#Johan Nawawi
#meninggal dunia
#Nor Ariffin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan