Perbelanjaan melampau aktor Johnny Depp – termasuk sejumlah AS$3 juta (RM13.3 juta) untuk menembakkan abu mayat penulis Hunter S. Thompson dari meriam – membuatkan dia kini di ambang krisis kewangan.
Semua maklumat itu terdedah berdasarkan satu dokumen mahkamah pada Selasa, lapor AFP.
Menurut The Management Group (TMG), pelakon berusia 53 tahun itu boros membelanjakan kira-kira AS$2 juta (RM8.86 juta) sebulan sepanjang dua dekad lalu.
TMG bertindak menyaman bintang itu di Los Angeles atas pinjaman yang belum dibayar kembali.
Pemegang peranan utama filem ‘Pirates of the Caribbean’ itu didakwa telah membelanjakan sejumlah AS$75 juta (RM332 juta) untuk membeli 14 buah rumah, termasuk sebuah hartanah kastil Perancis seluas 18 hektar, rangkaian kepulauan Bahamas, beberapa buah rumah Hollywood, unit emper di Los Angeles dan ladang kuda di Kentucky.
Sejak 2000, pelakon tersebut telah membelanjakan AS$18 juta (RM79.7 juta) ke atas sebuah kapal layar, membeli 45 buah kereta mewah dan menghabiskan hampir AS$700,000 (RM3.1 juta) sebulan untuk wain, jet peribadi dan 40 pekerja.
TMG juga memberitahu, Depp juga mempunyai kegilaan terhadap lebih 200 karya Warhol, Klimt dan ramai lagi seniman lain. Dia juga mempunyai 70 gitar koleksi, dan koleksi memorabilia Hollywood yang kesemuanya disimpan di 12 lokasi.
Depp sendiri telah memfailkan samannya bernilai AS$25 juta (RM110.7 juta) pada 13 Januari lalu yang menuduh TMG salah menguruskan kewangannya, mengambil pinjaman tanpa kelulusan, dan menyembunyikan masalah kewangan.
"Selama lebih 17 tahun, TMG lakukan segala yang mampu untuk menyelamatkannya.
“Malah, apabila bank Depp mendesak pembayaran semula pinjaman bernilai berjuta-juta dolar dan Depp tiada wang tersebut, TMG telah memberi pinjaman kepadanya supaya dia tidak terjebak dalam krisis kewangan yang memalukan,” ujar peguam TMG, Michael Kump dalam satu kenyataan.
TMG berkata, mereka telah berkali-kali memberi amaran kepada Depp tentang perangai borosnya, namun pelakon itu membalas dengan menyerang pengurus-pengurus perniagaannya, meningkatkan perbelanjaan dan menyuruh mereka segera mencari jalan untuk melunaskan bil.
Agensi
Wed Feb 01 2017
Depp disifatrkan sebagai seorang yang boros berbelanja hingga menyusahkan hidupnya. - Foto Richard Shotwell/Invision/AP
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
Leonardo DiCaprio rayu dunia bertindak tangani isu kebakaran hutan Amazon
Tahun ini sahaja terdapat lebih 78,000 kes kebakaran hutan di Brazil, iaitu hampir dua kali ganda berbanding tahun lalu.
Apabila Will Smith buat terjunan bungee di Grand Canyon
Bintang filem Men In Black itu membuat lompatan dari sebuah helikopter dan menjunam di antara cerun curam di Grand Canyon, Arizona.
Johnny Depp berdepan saman gara-gara terlalu boros, gagal bayar pinjaman
Pemegang peranan utama filem Pirates of the Caribbean itu didakwa membuat perbelanjaan beratus-ratus juta dolar yang melebihi kemampuan bayaran balik berdasarkan pendapatannya.