KUMPULAN rock era 70-an Journey memecat pemain dram Steve Smith dan pemain bass Ross Valory dipercayai atas dakwaan cuba melakukan "kudeta korporat".
Tindakan itu diambil pemain gitar utama Neal Schon and pemain keyboard Jon Cain selepas Smith dan Valory didakwa cuba mengambil alih Nightmare Productions Inc, entiti korporat kugiran itu.
Krisis bermula ketika mesyuarat lembaga pengarah pada 13 Februari lalu di mana undian memihak kepada Smith sebagai presiden dan Valory sebagai setiausaha.
Penyanyi asal kumpulan itu Steve Perry dan pengurusnya yang dilapor berada dalam mesyuarat itu juga memihak kepada Valory dan Smith.
Schon tidak hadir pada mesyuarat itu, bagaimanapun Cain yang hadir memilih untuk tidak mengundi.
Susulan tindakan itu, Schon dan Cain yang merupakan ahli asal kumpulan itu sejak 1973, memfailkan saman AS$10 juta (kira-kira RM42 juta) ke atas Smith dan Valory pada Selasa, 3 Mac lalu.
Ia bagi membatalkan keputusan lembaga pengarah dan menghalang bekas ahli kumpulan itu daripada menggunakan jenama Journey.
Saman yang difailkan Miller Barondess itu mendakwa "pada 1998, Schon, Cain dan bekas penyanyi Steve Perry membuat perjanjian bertulis memberikan Schon dan Cain hak eksklusif dan mutlak ke atas jenama Journey. Oleh itu, mereka diberi kuasa untuk membuat persembahan bersama sebagai Journey, dengan atau tanpa anggota yang lain."
Band yang popular dengan lagu "Don't Stop Believin" dan "Open Arms" ini pernah hadir membuat persembahan di Shah Alam dalam siri jerayawara dunia mereka pada 2017.
Journey yang ditubuhkan pada tahun 1973 di San Francisco telah merakam 14 album studio dan meletakkan nama mereka antara kumpulan rock paling berjaya di Amerika Syarikat.
Astro Awani
Fri Mar 06 2020
Smith (kiri) dan Valory (dua, kiri) dipecat Schon (dua, kanan) dan Cain (kanan). -Twitter Rolling Stones
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Journey pecat pemain dram, bass atas dakwaan 'kudeta korporat'
Tindakan itu diambil pemain gitar utama Neal Schon and pemain keyboard Jon Cain selepas Smith dan Valory didakwa cuba mengambil alih Nightmare Productions Inc, entiti korporat kugiran itu.